fbpx
Cerita Borneo

Kerajaan Sabah Menggantung Semua Penerbangan Dari China ke Sabah

Kerajaan Sabah Menggantung Semua Penerbangan Dari China ke Sabah. Baru-baru ini, kerajaan negeri Sabah telah memutuskan untuk menggantung sementara semua penerbangan dari China ke Sabah dengan segera sehingga notis lanjut akibat kes wabak coronavirus Wuhan.

Kerajaan Sabah Menggantung Semua Penerbangan Dari China ke Sabah
Kerajaan Sabah Menggantung Semua Penerbangan Dari China ke Sabah

Hanya Sementara dan Dijangka Akan Kembali Apabila Keadaan Kembali ke Normal

Menurut Timbalan Ketua Menteri, Datuk Christina Liew, keputusan dibuat semasa mesyuarat Kabinet Negeri pada hari Rabu dan demi kepentingan kebajikan rakyat. Beliau berkata,

“Larangan perjalanan ini merupakan keputusan yang sangat sukar dan mungkin tidak diterima oleh tourism players kami. Bagaimanapun, kerajaan perlu memastikan kita tidak menjejaskan kesejahteraan rakyat, memandangkan ketidakpastian tentang bagaimana wabak koronavirus berkembang.”

Beliau juga berkata walaupun penggantungan ini akan memberi kesan kepada industri pelancongan negara, kerajaan serius melihat kesihatan dan kebajikan rakyat Sabah dan mahu mengelak risiko mendedahkan rakyat Sabah kepada mana-mana orang yang berpotensi membawa jangkitan novel 2019-nCov atau coronavirus Wuhan.

Kerajaan Sabah Menggantung Semua Penerbangan Dari China ke Sabah
YB Datuk Christina Liew menyatakan keputusan dibuat demi kebajikan rakyat Sabah

Menurutnya, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri akan memaklumkan kepada semua syarikat penerbangan yang mengendalikan laluan China-KK tentang keputusan yang dibuat oleh kerajaan.

“Ini bermakna semua penerbangan dari China akan dihentikan, dan tidak akan ada kemasukan untuk semua pelancong dari pelbagai bandar China ke Kota Kinabalu semasa tempoh penggantungan.”

Kerajaan China Menghalang Warganegara Untuk Terbang Keluar Dari Negara China

Liew menyatakan bahawa kerajaan China telah menghalangkan warganegara mereka di Wuhan, Xi’an, Beijing, Tianjin dan Guangzhou untuk berterbang ke luar negara.

Sementara itu, beliau memberi jaminan bahawa kerajaan negeri sedang memantau keadaan dengan teliti.

“Kerajaan sentiasa dikemaskini oleh Jabatan Kesihatan Negeri. Walaupun tidak terdapat kes di Sabah lagi, kita semua perlu berjaga-jaga dan mengamalkan kebersihan peribadi yang baik. Pada masa yang sama, kita mesti memastikan maklumat yang betul dari sumber yang boleh dipercayai. Dan tolong jangan menyebarkan berita palsu atau tidak disahkan, ” katanya.

Artikel Berkaitan

Back to top button