fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result

Kisah Tentang Dua Matahari, Sebuah Cerita Rakyat Sabah

Kedung BK Oleh Kedung BK
2 November 2020
Kisah Tentang Dua Matahari, Sebuah Cerita Rakyat Sabah
Share on FacebookShare on Twitter

Pada suatu masa dahulu, terdapat dua matahari

Kisah Tentang Dua Matahari, Sebuah Cerita Rakyat Sabah. Borneo mempunyai banyak cerita rakyat dan Sabah mempunyai beberapa sendiri.

Untuk artikel ini, kami akan berkongsi cerita rakyat Sabah yang digelar ‘Kisah Tentang Dua Matahari’.

Kisah Tentang Dua Matahari, Sebuah Cerita Rakyat Sabah

Kisahnya dimulakan dengan pengenalan pasangan

Pada suatu ketika dahulu, sepasang pemuda berjatuh cinta. Mereka kemudian berkahwin dan meluangkan masa muda mereka untuk berbincang tentang masa depan mereka sebagai sekeluarga.

ArtikelBerkaitan

Brunei Darussalam Lancar Strategi Vaksinasi, Dimuatkan Dalam Dokumen Yang Menarik Perhatian

Brunei Terima Sumbangan Vaksin Sinopharm Dari China Sebagai Tanda Persahabatan

Kekasih muda itu berkahwin dan berbincang mengenai masa depan keluarga mereka.

Tak lama kemudian, si isteri menjadi hamil dan melahirkan anak pertama mereka.

Pada suatu pagi, si isteri perlu keluar untuk mengeringkan padi dari bangsal. Bangsal ini tak jauh dari rumah mereka. Sebelum dia beredar, dia memberitahu suaminya bahawa dia tidak akan kembali sehingga tengah hari kerana dia perlu membuat pembersihan.

Si isteri pergi ke bangsal untuk mengeringkan padi.

Apabila si isteri tiba di bangsal, kedua-dua matahari sudah tinggi di langit dan sangat panas. Pada masa itu, terdapa dua matahari. Malah, kedua-dua matahari ini akan naik pada masa yang sama dan mengeluarkan jumlah panas yang sama. Ia dikatakan jumlah haba yang kita dapat hari ini adalah sama dengan yang dipancarkan oleh kedua matahari ketika itu.

Terik matahari mengundang tragedi

Semasa wanita itu menyebarkan padi di atas tikar, kedua matahari menjadi sangat panas. Sangat panas sehingga wanita itu mengalami strok. Ketika dia terbaring di tanah, perutnya tiba-tiba pecah. Darah memercik ke seluruh tubuhnya lalu mati wanita itu. Oleh kerana bangsal itu agak jauh dari rumahnya, kejadian tragis ini tidak dilihat oleh sesiapa.

Sementara itu, si suami tertanya-tanya apa telah terjadi pada isteri tercinta. Hari sudah lewat tetapi isterinya belum kembali ke rumah. Dia mula merasa risau sehingga dia mulai mencarinya.

Apabila menghampiri bangsal tersebut, dia terkejut melihat pintu terbuka luas tetapi isterinya tiada di dalamnya. Dia kemudian berjalan di sekitar bangsal itu sehingga dia melihat pemandangan yang mengerikan.

Di hadapannya adalah mayat isterinya. Begitu terkejut perasaan si suami sehingga dia tak dapat berfikir atau bergerak. Tanpa fikir, dia memeluk mayat isteri tercinta sambil menangis dengan kuat dan membawanya kembali ke rumah.

Si suami sedih dengan pemergian tragis isterinya.

Suami membalas dendam

Pada malam itu, si suami cuba berfikir apa yang mungkin menyebabkan kematian isterinya. Dia kemudian menganggap ini berpunca dari dua matahari lalu dia memutuskan untuk menghadapi dua matahari itu.

Awal pagi seterusnya, dia mengambil sumpit dan anak panah terbaiknya dan berangkat mencari matahari-matahari itu. Dia berjalan berjam-jam sehingga dia tiba ke satu tempat di mana dia boleh menunggu matahari-matahari terbit. Maka, bermulalah penantian yang amat gelisah.

Ketika sinar matahari hanya berkilauan di cakrawala, dia mengambil anak panah sumpitnya yang terbaik dan dengan tepat meniupnya ke arah salah satu dari matahari tersebut.

Lelaki itu menggunakan sumpit untuk jatuhkan salah satu matahari tersebut.

Dengan rasa lega hati, ia terkena salah satu mata matahari tersebut. Pada waktu itu, berlaku perubahan suhu secara tiba-tiba. Bumi menjadi lebih sejuk. Dia kemudian mengucapkan teriakan dalam bahasa Kadazan,

“Nah, nokohusi zou noh diozu do baino om purimono noh!” bermaksud “saya sudah membalas dendam dan sekarang rasakannya!”

Puas hati dengan kejayaannya, dia kembali ke rumah. Setelah diberitahu tentang kejadian itu, penduduk kampung berasa gembira. Mereka berterima kasih kepada lelaki itu kerana membuat bumi ini lebih selesa.

Sejak itu, matahari yang buta sebahagiannya hanya muncul pada waktu malam sebagai bulan kita. Matahari yang satu lagi akan muncul pada siang hari dan itulah matahari kita yang kita ketahui hari ini.

Lagi di sini:

SUMBER : Sabah Folklore
Share61Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy