fbpx
Cerita Borneo

Kluster ‘Overseas’ Banyak Songeh, Doktor Ini Rindu Rawat Kluster Tabligh

Lelaki Ini Cerita Pengalaman Rawat Dua Kluster Berbeza

Kluster ‘Overseas’ Banyak Songeh, Doktor Ini Rindu Rawat Kluster Tabligh. Tugas sebagai ‘frontliner’ sememangnya memenatkan. Apatah lagi di kala musim genting seperti ini, segala tindak tanduk dan khidmat kita diperhatikan oleh orang awam di hospital. Namun demikian, ternyata sikap para pesakit juga memainkan peranan yang penting bagi memastikan petugas hadapan ini sentiasa bersemangat untuk menabur bakti kepada masyarakat.

Menerusi postingan di laman sosial Facebook, seorang pengguna yang bernama Mohd Afiq berkongsi cerita tentang pengalamannya berhadapan dengan pesakit dari dua kluster yang berbeza. Difahamkan, beliau amat rindu untuk merawat kluster tabligh kerana golongan ini mudah memberikan kerjasama berbanding kluster baru iaitu kluster ‘overseas’.

Sehingga kini, postingan tersebut telah mendapat 49K tanda sukaan dan 28K ‘shares’.

Kluster 'Overseas' Banyak Songeh, Doktor Ini Rindu Rawat Kluster Tabligh
Kluster ‘Overseas’ Banyak Songeh, Doktor Ini Rindu Rawat Kluster Tabligh

Geng Tabligh Sangat Merendah Diri, Kerja Merawat Jadi Mudah

Lelaki ini menjelaskan bahawa semasa kes kluster tabligh pada awal gelombang kedua jangkitan bermula, mereka sangat memberikan kerjasama. Penat lelah semasa menyarung PPE pun tidak begitu terasa dek kerana keramahan dan kemesraan mereka.

Bukan itu sahaja, seluruh wad juga sentiasa didengari dengan azan dan bacaan Al-Quran. Malah, mereka juga diakui sangat merendah diri dan tidak pernah merungut.

Kluster 'Overseas' Banyak Songeh, Doktor Ini Rindu Rawat Kluster Tabligh
Kredit : mStar
Kluster 'Overseas' Banyak Songeh, Doktor Ini Rindu Rawat Kluster Tabligh
Kredit : Apa Yang Viral
Kluster 'Overseas' Banyak Songeh, Doktor Ini Rindu Rawat Kluster Tabligh
Kredit : Apa Yang Viral

Walau bagaimanapun, lelaki ini menyuarakan rasa tidak puas hatinya terhadap gelaran kluster tabligh sedangkan hanya beberapa orang sahaja yang tidak bertanggungjawab menyebabkan seluruh anggota tabligh mendapat tempias.

Kluster 'Overseas' Banyak Songeh, Doktor Ini Rindu Rawat Kluster Tabligh

Kluster Oversea Menjengkelkan, Tak Nak Pindah Wad Sebab Panas

Berbeza pula dengan kluster terbaharu iaitu kluster overseas yang punca jangkitannya berasal dari Turki dan negara luar. Beliau mendakwa bahawa golongan ini seperti acah-acah menjadi mangsa COVID-19 sedangkan tujuan ke luar negara adalah disebabkan kepentingan diri sendiri iaitu untuk melancong.

Kluster 'Overseas' Banyak Songeh, Doktor Ini Rindu Rawat Kluster Tabligh
Kredit : Astro Gempak

Tambahnya lagi, kluster ini juga bersikap meminta-minta dan cerewet semasa menerima rawatan di hospital. Ada di antaranya yang mengadu tempat tidak selesa jika dipindahkan ke wad lain, mempersoalkan tugas petugas kesihatan serta leka dengan gajet masing-masing.

Walau pun tidak semua pesakit dari kluster luar negara bersikap sedemikian, namun kebanyakan pesakit yang baru pulang terutamanya dari tujuan melancong didakwa sangat menjengkelkan. Berasal dari keluarga yang kaya menyebabkan mereka bersikap angkuh dan menginginkan serba-serbi istimewa.

Pada akhir postingan, beliau ternyata berasa hampa kerana kedatangan golongan yang mementingkan diri ini menambahkan masa petugas kesihatan berjauhan dengan keluarga.

Rindu geng tabligh katanya.

Berhenti Jadi ‘Demand’, Permudahkan Urusan ‘Frontliners’

Yang pasti, ini bukan masa untuk meminta-minta dan bersikap melebih-lebih daripada orang lain. Pada saat ini, semua pesakit adalah sama dan harus dirawat dengan adil dan semestinya, mendapat sepenuh perhatian daripada petugas kesihatan.

Kluster 'Overseas' Banyak Songeh, Doktor Ini Rindu Rawat Kluster Tabligh

Usahlah bersikap mementingkan diri sendiri tatkala kita sendiri memerlukan pertolongan daripada orang lain. Jika kita memudahkan urusan orang lain, sudah pasti urusan kita juga turut dipermudahkan.

Paling best, walau pun kita bukan ‘frontliner‘ tapi kita akan sentiasa disenangi dan diingati.

#KitaJagaKita

Kisah lelaki ini yang sanggup berjalan kaki semasa musim COVID-19 ini turut menyentuh perasaan. Baca selanjutnya di sini :

Artikel Berkaitan

Back to top button