fbpx
Cerita Borneo

Lawatan Semasa Hari Raya Tidak Dibenarkan, Walaupun Dalam Daerah Sendiri

Sorry gais, ngabang masa Raya dilarangkan

Lawatan Semasa Hari Raya Tidak Dibenarkan, Walaupun Dalam Daerah Sendiri. Hari ini diumumkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dimana lawatan semasa Raya tidak dibenarkan, walaupun sudah mempunyai kelonggaran selaras dengan garis panduan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Lawatan Semasa Hari Raya Tidak Dibenarkan, Walaupun Dalam Daerah Sendiri
Lawatan Semasa Hari Raya Tidak Dibenarkan, Walaupun Dalam Daerah Sendiri | Kredit BH Online

Tidak semua pergerakan dibenarkan masa ini

Beliau berkata walaupun kerajaan sudah membenarkan pergerakan tanpa had masa antara daerah, namun penziarahan semasa Hari Raya masih tidak dibenarkan. Mengenai hal ini, beliau berkata aktiviti sosial dan sukan tertentu tidak dibenarkan.

“Sebagai contoh, permainan bola sepak masih tidak dibenarkan kerana ia berada dalam senarai negatif, namun sukan lain seperti badminton dan golf dibenarkan. Seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, pulang ke kampung untuk berhari raya tidak dibenarkan,” kata beliau.

Lawatan Semasa Hari Raya Tidak Dibenarkan, Walaupun Dalam Daerah Sendiri
Permainan bola sepak antara sukan yang masih tidak dibernakan. Kredit: Semuanya BOLA

Menasihatkan orang ramai untuk meneruskan kawalan kendiri

Beliau menyentuh perkembangan yang lain dimana orang ramai dinasihatkan untuk mengekalkan kawalan kendiri walaupun PKPB memberi banyak kelonggaran pergerakan. Disiplin dan tanggungjawab terhadap keselamatan dan kesihatan diri, keluarga dan masyarakat harus diletakkan di tangan sendiri.

“Undang-undang boleh tetapkan apa saja tetapi ia terpulang kepada kita hendak patuhi undang-undang itu atau tidak. Sekarang pun ramai yang melanggar peraturan,” ujar beliau.

Beliau menggunakan negara Taiwan sebagai contoh dimana negara tersebut tidak pernah melaksanakan perintah berkurung atau kawalan pergerakan rakyatnya namun negara tersebut mempunyai kes Covid-19 paling rendah, dengan enam kematian sahaja, turut menjadikan negara tersebut negara paling rendah dalam kes Covid-19 dicatatkan.

Taiwan merupakan negara terendah dalam catatan kes Covid-19, dengan enam kematian sahaja. Negara tersebut tidak melaksanakan perintah berkurung atau kawalan pergerakan, disebaliknya rakyat sendiri mengambil tindakan. Kredit: BioSpectrum Asia

Wah! Rakyat Taiwan memang pande jaga dirik. Semoga contoh mereka dijadikan teladan untuk semua.

Kepada mereka yang nak menziarahi member kat rumah masa Raya kelak, tahan-tahan dulu ya! Biar tahun tok kita sik sambut perayaan dengan kawan-kawan atau saudara mara, agar tahun depan dan tahun-tahun yang akan datang kita dapat sambut sama-sama.

Raya open house etiquette: Dos & don't - iproperty.com.my
Bertahan lah kita semua untuk tahun ini, agar tahun depan kita semua boleh sambut sama-sama. Kredit: iProperty

Jom Baca Artikel Lain :

Artikel Berkaitan

Back to top button