fbpx
Cerita Borneo

Pasukan Khas Di Sabah Jalankan Ujian Sampel Covid-19 Setelah Terima Peralatan Makmal

Semoga Semua Berjalan Dengan Lancar

Pasukan Khas Di Sabah Jalankan Ujian Sampel Covid-19 Setelah Terima Peralatan Makmal. Sebuah pasukan khas telah memulakan ujian ke atas sampel kes Covid-19 di Makmal Kesihatan Awam sejak Rabu lepas, setelah menerima peralatan makmal yang diperlukan.

Pengarah Jabatan Kesihatan Sabah, Datuk Dr Christina Rundi berkata ini adalah beberapa maklumat mengenai apa yang dilakukan oleh jabatan dan pegawai kesihatan dalam usaha memerangi pandemik.

Pasukan Khas Di Sabah Jalankan Ujian Sampel Covid-19 Setelah Terima Peralatan Makmal
Pasukan Khas Di Sabah Jalankan Ujian Sampel Covid-19 Setelah Terima Peralatan Makmal

Pekerja Penjagaan Kesihatan Dan Orang Awam Menerima Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Psikososial

Didedahkan juga adalah sebanyak 4,473 pekerja kesihatan dan orang awam menerima perkhidmatan kesihatan mental dan psikososial (MHPSS) di seluruh negara. Pasukan MHPSS juga menerima sejumlah 2,730 panggilan, 1,441 pendidikan psikologi dan menyebarkan 3,371 maklumat infographic melalui WhatsApp untuk panggilan video dan kaunseling setakat ini.

“Mereka yang memerlukan perkhidmatan ini boleh menghubungi talian kami di 088-230987 dari pukul 8 pagi hingga 8 malam setiap hari,” kata beliau.

Beliau mengingatkan lagi orang ramai supaya patuh kepada PKP, menjaga jarak sosial apabila mereka perlu keluar dan mengamalkan kebersihan diri yang baik pada setiap masa sementara seluruh dunia berjuang untuk membendung Covid-19.

Terkini, Sabah telah mencatatkan tiga kematian manakala 248 kes positif masih dirawat setakat 8 April 2020.

Baca Juga Kisah Lelaki Sabah Ini :

Artikel Berkaitan

Back to top button