Yah! Dah bukak nya lok!
Pawagam Di Sarawak Mula Dibuka Hari Ini, Tawar Harga Tiket Serendah RM 5 Sahaja. Tahukah anda bahawa panggung wayang di Sarawak sudah boleh dibuka semula? Pengumuman tersebut dibuat oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) pada Rabu lalu. Melalui pengumuman tersebut, panggung wayang di Sarawak dibenarkan buka untuk tayangan filem berkuat kuasa serta merta.
Yeay!
mmCineplexes, MBO dan TGV buka panggung wayang hari ini
Susulan pengumuman tersebut, semua panggung wayang di Sarawak kembali menayangkan filem kepada orang ramai bermula hari ini.
Dua cawangan mmCineplexes yang telah mula beroperasi hari ini ialah di Riverside Kuching dan Summer Mall, Kota Samarahan.
Walau bagaimanapun, hanya dua filem lama yang ditayangkan semula di mmCineplexes buat masa ini iaitu IP Man 4 : The Finale dan Rasuk 2.
Berita baik nya pula, anda hanya perlu membayar harga tiket serendah RM 5 sahaja untuk menonton tayangan filem di pawagam ini. Murah sangat ni!

mmCineplexes jual set tiket RM 80 sahaja, sah selama 6 bulan!
Bukan itu sahaja, mmCineplexes turut mengadakan promosi flash sale set tiket wayang berharga RM 80. Dengan pembelian set tiket ini, anda akan mendapatkan 10 tiket wayang percuma untuk mana-mana tayangan filem.
Bukan itu sahaja, baucar tiket wayang ini sah selama 6 bulan di semua lokasi pawagam mmCineplexes. Anda boleh membuat pembelian secara terus di kaunter pawagam.

Boleh lah mewayang puas-puas lepas ni! Best eh!

Sumber : FB mmCineplexes
Tiket wayang serendah RM 5 sahaja di semua pawagam Sarawak
MBO Cinemas juga telah mula dibuka hari ini dengan waktu operasi yang berbeza daripada sebelumnya.
Waktu operasi MBO di The Spring Kuching akan bermula pada jam 6 petang pada hari Isnin hingga Jumaat, dibuka bermula jam 3 petang pada hari Khamis dan Jumaat manakala bagi Sabtu dan Ahad, ia dibuka bermula jam 12 tengah hari.
Mereka pun ada tawaran tiket RM 5, gais!


Selain itu, TGV juga turut memaklumkan pembukaan panggung wayangnya bermula hari ini. Tiket nya juga boleh dibeli serendah RM 5 di laman sesawang atau aplikasi TGV Cinemas. Namun, TGV’s Candy Bar nya tidak akan dibuka sehingga waktu yang akan dimaklumkan kelak.
Sementara itu, GSC turut mengumumkan pembukaan panggung wayangnya di Sarawak bermula hari ini. Pengumuman tersebut tentunya melalui poster uniknya yang berbahasa Sarawak sekali lagi.
Cawangan yang akan dibuka untuk tayangan esok ialah GSC CityONE Kuching serta GSC Bintang Megamall, Miri.
Mereka juga menawarkan tiket serendah RM 5 untuk filem tayangan semula seperti Train To Busan, Spider Man, Jumanji, Venom, Bloodshot, Pee Nak 2, Baaghi 3 dan Walter.

Namun begitu, SOP baharu yang mesti anda patuhi apabila menonton wayang di GSC adalah seperti larangan membawa makanan dan minuman sendiri serta memakai pelitup muka sepanjang masa.
Apa tunggu lagi? Luangkan masa hujung minggu anda di panggung wayang kesukaan anda.
Jangan lupa, sentiasa amalkan SOP dan jaga kebersihan diri!