fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Pembaca Berita Lelaki Dikecam Kerana Didakwa Pakai Cheongsam Wanita, RTM Buka Cerita Sebenar

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
17 Februari 2021
Pembaca Berita Lelaki Dikecam Kerana Didakwa Pakai Cheongsam Wanita, RTM Buka Cerita Sebenar
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Untuk pengetahuan anda, Cheongsam merupakan pakaian tradisi wanita untuk kaum Cina.

Pembaca Berita Lelaki Dikecam Kerana Didakwa Pakai Cheongsam Wanita, RTM Buka Cerita Sebenar. Tahun Baharu Cina baru saja berlalu. Namun demikian, pada hari perayaan penting masyarakat Cina yang lalu, tular pula sebuah cerita tentang seorang pembaca berita sebuah stesen televisyen milik kerajaan dan busana yang dikenakannya semasa menjalankan tugas.

Kisahnya, seorang pembaca berita yang berasal dari Sabah, Mohd Dhihya Sahlan mendapat reaksi negatif daripada netizen apabila dikatakan mengenakan busana yang kelihatan seperti cheongsam iaitu busana tradisi masyarakat Cina. Namun demikian, cheongsam adalah pakaian untuk golongan wanita Cina dan ia menjadi perdebatan hangat netizen kerana stesen televisyen tersebut dilihat tidak peka dan ‘sembarangan’ dalam menata rias pembaca beritanya.

ADVERTISEMENT

Mohd Dhihya mengenakan pakaian tersebut semasa menyampaikan berita untuk slot Berita Wilayah RTM dari Sabah pada petang Jumaat, 12 Februari lalu.

Pembaca Berita Lelaki Dikecam Kerana Didakwa Pakai Cheongsam Wanita, RTM Buka Cerita Sebenar
Sumber : WOB

Susulan itu, jurucakap Radio Televisyen Malaysia (RTM) tampil menjelaskan bahawa pakaian yang dipakai oleh pembaca berita tersebut sebenarnya adalah samfu, iaitu pakaian tradisi Cina untuk golongan lelaki dan bukannya cheongsam seperti yang didakwa oleh netizen. Pakaian tersebut juga digayakan sendiri oleh penggaya mereka iaitu Jenny Kueh. Menurut Jenny, samfu merupakan pakaian tradisi etnik Machu di China dan sememangnya digunakan oleh golongan lelaki.

ArtikelBerkaitan

Daerah Pitas, Sabah Telah Diisytiharkan Sebagai Kawasan Wabak Demam Babi Afrika

Cuba Larikan Diri Daripada Sekatan Jalan Raya Di Lawas, Polis Terpaksa Lepaskan Tembakan

ADVERTISEMENT
Pembaca Berita Lelaki Dikecam Kerana Didakwa Pakai Cheongsam Wanita, RTM Buka Cerita Sebenar
Pembaca Berita Lelaki Dikecam Kerana Didakwa Pakai Cheongsam Wanita, RTM Buka Cerita Sebenar
Sumber : The Star

Walaupun begitu, ukuran saiz samfu yang tidak sepadan dengan ukuran pembaca berita tersebut menyebabkan pemakaiannya tampak janggal dan menimbulkan salah faham dalam kalangan penonton. Jika dilihat sekali imbas, ia sememangnya seperti cheongsam walaupun hakikatnya ia merupakan samfu.

Kain nipis dan berkilat tidak sesuai dipakai oleh lelaki – Pakar fesyen

Menurut pendapat daripada beberapa pakar industri fesyen pula, pemakaian samfu itu juga dilihat tidak dirancang dengan baik apabila samfu tersebut dibuat menggunakan jenis kain yang nipis dan berkilat. Ia sekaligus menunjukkan sisi feminin si pemakai dan menyebabkannya sesuatu pakaian yang dibuat menggunakan kain jenis tersebut tidak sesuai dipakai oleh lelaki.

ADVERTISEMENT

Menerusi laporan akhbar The Star, Pengarah Bahagian Perhubungan Awam Radio Televisyen Malaysia (RTM), K. Krishnamoorthy berkata isu seperti ini adalah sesuatu yang berkaitan dengan budaya dan kaum. Oleh yang demikian, pihaknya selalu merujuk kepada golongan yang pakar untuk sentiasa meneliti dan menyemak semula perkara ini.

Rilek gais. Memang betul itu pakaian untuk lelaki. Cuma ukurannya mungkin lain kali perlu disesuaikan dengan si pemakai. Maklumlah, mata netizen Malaysia ni tajamnya lain macam.

Untuk menambah pengetahuan am anda, baca juga artikel menarik tentang masyarakat Cina yang pernah kami terbitkan ini :

Share61Tweet38SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy