fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Persembahan Hafiz Suip Di AJL34, “Living Proof” Orang Sarawak Paling Romantik

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
10 Februari 2020
Persembahan Hafiz Suip Di AJL34, “Living Proof” Orang Sarawak Paling Romantik
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Tampil Isteri Sarat Mengandung Sebagai Cameo

Persembahan Hafiz Suip Di AJL34, “Living Proof” Orang Sarawak Paling Romantik. Usai Anugerah Juara Lagu, sebuah pertandingan lagu yang legend di Malaysia melabuhkan tirainya semalam, dua orang anak Sarawak telah merangkul anugerah berbekalkan bakat nyanyian mereka yang padu. Siapa lagi kalau bukan Hafiz Suip dan Bob Yusof. Masing-masing dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Vokal/Persembahan Terbaik serta tempat ketiga.

Sumber : YouTube TV3 Malaysia

Persembahan lagu Kisah Cinta Kita yang dibawakan olehnya bertemakan taman bunga mawar yang indah. Namun, apa yang menarik perhatian ialah persembahan Hafiz Suip turut menampilkan isterinya yang sarat hamil sebagai cameo. Ia ternyata menjadi bualan netizen dan rata-ratanya mengakui bahawa Hafiz Suip merupakan ‘living proof’ kajian orang Sarawak paling romantik di Malaysia.

ADVERTISEMENT

Gimik Romantik Hafiz dan Isteri Membuat Netizen “Melting”

Persembahan Hafiz Suip Di AJL34, "Living Proof" Orang Sarawak Paling Romantik
Kredit : BeautifulNara

Semasa menghampiri penghujung persembahan, artis yang berasal dari Kuching, Sarawak itu turun ke bawah pentas dan menyanyi di hadapan isterinya. Tidak lama kemudian, Hafiz segera mempelawa dan memegang tangan isterinya sambil meneruskan nyanyian. Gimik persembahan tersebut turut diserikan lagi dengan kelopak bunga mawar yang berguguran. Melting wei!

Persembahan Hafiz Suip Di AJL34, "Living Proof" Orang Sarawak Paling Romantik
Sumber : YouTube TV3 Malaysia
Persembahan Hafiz Suip Di AJL34, "Living Proof" Orang Sarawak Paling Romantik
Sumber : YouTube TV3 Malaysia
Persembahan Hafiz Suip Di AJL34, "Living Proof" Orang Sarawak Paling Romantik
Persembahan Hafiz Suip Di AJL34, “Living Proof” Orang Sarawak Paling Romantik. Sumber : YouTube TV3 Malaysia

Aksi romantik tersebut mendapat tepukan dan sorakan gemuruh daripada para penonton sekaligus melayakkan beliau mendapat anugerah persembahan terbaik dalam pertandingan tersebut.

ArtikelBerkaitan

Tediri Daripada 3 Orang Pertama, Kenali Task Force Khas Tangani COVID-19 Di Sarawak

Demi Capaian Internet, Ayah Ini Bina Pondok Sementara Untuk Anak-Anak

Susulan itu, netizen mengakui bahawa Hafiz Suip adalah bukti atau “living proof” mengapa orang Sarawak dikatakan sebagai individu paling romantik di Malaysia menurut sebuah kajian. Oooha!

ADVERTISEMENT
Persembahan Hafiz Suip Di AJL34, "Living Proof" Orang Sarawak Paling Romantik

Malah, salah seorang netizen pula melihat aksi romantik Hafiz seolah-olah beliau ingin melamar isterinya sekali lagi. So sweet kan?

Baru-baru ini, sebuah kajian yang dibuat oleh laman web e-commerce antarabangsa, Picodi.com menyenaraikan Sarawak mempunyai individu yang paling romantik di Malaysia. Kajian ini dibuat berdasarkan carian kata kunci yang berkaitan dengan romantik termasuklah “love”, “flowers” dan “Valentine’s Day”.

Untuk artikel penuh, boleh baca di sini : Sarawak Paling Romantik Di Malaysia Menurut Kajian Ini

ADVERTISEMENT

Apa komen anda? Adakah anda seromantik Hafiz Suip? Atau lebih romantik daripada itu? Kongsikan momen romantik anda bersama pasangan di ruangan komen.

Jangan lupa like dan share post ini!

Share34911Tweet41SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy