fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Pertama Kali Dalam Sejarah, Timbalan Menteri Kesihatan Didakwa Akibat Ingkar PKP

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
28 April 2020
Pertama Kali Dalam Sejarah, Timbalan Menteri Kesihatan Didakwa Akibat Ingkar PKP
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Pertama Kali Dalam Sejarah, Timbalan Menteri Kesihatan Didakwa Akibat Ingkar PKP. Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali dan Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Masyarakat Sivil Perak, Razman Zakaria, dihadapkan ke mahkamah hari ini atas pertuduhan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pertama Kali Dalam Sejarah, Timbalan Menteri Kesihatan Didakwa Akibat Ingkar PKP
Dari kiri : Datuk Dr. Noor Azmi dan Razman Zakaria

Sumber memberitahu bahawa kedua-dua pemimpin tersebut didakwa di Mahkamah Majistret Gerik pada jam 9 pagi.

Sebelum ini, ADUN Gunung Semanggol serta Datuk Dr. Noor Azmi dilapor melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila dilihat makan beramai-ramai tanpa penjarakkan sosial bersama lebih kurang 30 lagi individu lain termasuk pelajar melalui sebaran sebuah gambar yang tular. Kejadian tersebut didakwa berlaku di sebuah pusat tahfiz di Lenggong pada 18 April 2020.

ADVERTISEMENT
Pertama Kali Dalam Sejarah, Timbalan Menteri Kesihatan Didakwa Akibat Ingkar PKP
Pertama Kali Dalam Sejarah, Timbalan Menteri Kesihatan Didakwa Akibat Ingkar PKP

Gambar yang pada asalnya dimuat naik di laman sosial Facebook Datuk Dr. Noor Azmi kemudian dipadam setelah dipersoalkan oleh orang ramai yang mendapati tindakan tersebut melanggar PKP.

Razman pula memberitahu di laman Facebook nya bahawa mereka dihidangkan dengan makanan kampung semasa jamuan tersebut. Gambar tersebut turut menunjukkan seramai 20 ke 30 orang individu sedang menjamu selera di atas lantai.

ArtikelBerkaitan

Sarawak Dahului Carta Penerima Suntikan Vaksin COVID-19 Di Malaysia

Sarawak Lancarkan Perkhidmatan Bas Elektrik Percuma Hari Ini

ADVERTISEMENT

Walau pun kedua-duanya telah memohon maaf atas tindakan tersebut, pendakwaan tetap berlangsung seperti yang dijadualkan. Kedua-duanya turut mengaku bersalah di mahkamah termasuk 13 invididu lain dan dikenakan denda sebanyak RM1,000.

Dalam perkembangan lain, terdapat juga segelintir individu yang menggunakan kelebihan pangkat serta kekayaan untuk dilepaskan dari PKP. Baca artikel selanjutnya di sini :

ADVERTISEMENT
SUMBER : Sinar Harian
Share360Tweet38SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy