fbpx
Cerita Borneo

Petronas Terpaksa Tutup 14 Daripada 18 Pelantar Hingga Harga Minyak Pulih

Ia Berikutan Industri Minyak Kini Alami Kerugian Yang Dahsyat.

Petronas Terpaksa Tutup 14 Daripada 18 Pelantar Hingga Harga Minyak Pulih. Syarikat Petroliam Nasional Berhad (Petronas) kini dilaporkan mengurangkan jumlah pelantar yang beroperasi sepenuhnya daripada 18 pelantar kepada 4 pelantar sahaja buat masa ini. 14 pelantar sama ada telah ditutup operasi atau pun aktiviti pengeluarannya diperlahankan sehingga harga minyak kembali pulih.

Ia berikutan kejatuhan harga minyak yang mendadak sejak akhir tahun lalu.

Kurangkan Kerugian Akibat Penghasilan Minyak Yang Tiada Pulangan Modal

Penutupan ini bertujuan untuk mengurangkan kerugian akibat penghasilan minyak yang tiada pulangan modal. Dalam erti kata lain, kos penghasilan kini lebih tinggi daripada hasil jualan.

Warm-stacking‘ melibatkan penutupan sementara pelantar minyak namun mengekalkan aktiviti sebagai langkah penjimatan.

Petronas Terpaksa Tutup 14 Daripada 18 Pelantar Hingga Harga Minyak Pulih
Petronas Terpaksa Tutup 14 Daripada 18 Pelantar Hingga Harga Minyak Pulih

Laporan terbitan industri tersebut turut menyebut bahawa Petronas kini tidak mampu mengekalkan operasi pada kadar semasa kerana kebanyakan pelantar minyak adalah jauh ke dasar laut. Operasi galian tersebut menelan kos yang sangat besar dan lebih mahal.

Langkah penjimatan kos oleh Petronas ini sebenarnya menggambarkan situasi industri minyak dan gas secara global.

Situasi Industri Minyak Dan Gas Menjunam Teruk Sehingga Terpaksa Dijual Pada Harga Negatif

Dalam masa beberapa bulan yang lalu, harga minyak telah jatuh mendadak daripada USD 100 setong kepada kurang daripada USD 20 setong.

Petronas Terpaksa Tutup 14 Daripada 18 Pelantar Hingga Harga Minyak Pulih

Industri minyak dan gas pada ketika ini terpaksa memotong kos pengeluaran akibat pandemik yang kini sedang melanda dunia. Bukan itu sahaja, perang harga antara Arab Saudi dan Rusia kini telah menyebabkan nilai harga minyak menjunam teruk ke tahap paling rendah dalam sejarah. Buktinya, nilai dagangan minyak mentah Amerika Syarikat, West Texas Intermediate (WTI) minggu lalu dijual pada harga negatif.

Simpanan Penuh Tapi Tiada Permintaan

Penjualan minyak pada harga negatif ini menandakan pengeluar dan pedagang minyak mentah terpaksa membayar pemain lain di dalam pasaran untuk mengambil minyak di tangan mereka akibat lebihan yang terlalu banyak. Simpanan minyak kini mulai penuh tetapi tiada permintaan. Malah, ia merupakan petanda jelas bahawa pandemik ini telah memotong permintaan minyak mentah sebanyak 3/4 seluruh dunia.

Petronas Terpaksa Tutup 14 Daripada 18 Pelantar Hingga Harga Minyak Pulih

Lihat sahaja industri pengangkutan awam pada saat ini. Berikutan larangan kemasukan antara negara dan perintah berkurung, kenderaan awam, kapal laut serta kapal terbang tersadai menyebabkan permintaan minyak mentah berkurang secara drastik.

Ia secara automatik menyebabkan ekonomi dunia menjadi sangat tidak sihat. Solusinya adalah dengan mengakhiri pandemik ini. Tetapi nampaknya, industri seperti minyak dan gas harus mencari alternatif lain untuk bertahan kerana pandemik ini masih belum membibitkan sinar harapan yang jelas untuk pulih.

Artikel Berkaitan

Back to top button