fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Polis Terpaksa Guna Kekerasan Tangkap Lelaki Ingkar Arahan Saringan COVID-19 Di Labuan

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
20 Mac 2020
Polis Terpaksa Guna Kekerasan Tangkap Lelaki Ingkar Arahan Saringan COVID-19 Di Labuan
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Kenapa Degil Sangat, Pakcik…

Polis Terpaksa Guna Kekerasan Tangkap Lelaki Ingkar Arahan Saringan COVID-19 Di Labuan. Banyak pesanan serta arahan yang telah dikeluarkan sama ada oleh pihak berwajib mahu pun orang ramai kepada golongan yang berisiko dijangkiti untuk menjalani saringan COVID-19 di pusat kesihatan yang terdekat. Bahkan, jika anda bimbang menjangkiti orang lain, anda boleh menelefon ambulans agar mereka boleh mengambil anda di rumah. Begitulah prihatinnya anggota kesihatan terhadap kesihatan anda. Namun demikian, tindakan lelaki ini sangat mengecewakan orang ramai apabila ingkar arahan saringan COVID-19.

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Daerah Labuan, pihaknya bersama-sama pasukan perubatan dari Hospital Labuan telah membuat tangkapan dengan menggunakan kekerasan seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 15(2) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, terhadap seorang lelaki yang berusia 68 tahun di sebuah rumah pangsa Taman Mutiara Sungai Bedaun, Bebuluh, Labuan. Tangkapan tersebut dibuat pada 19 Mac 2020 (Khamis) sekitar jam 4 petang.

ADVERTISEMENT
Polis Terpaksa Guna Kekerasan Tangkap Lelaki Ingkar Arahan Saringan COVID-19 Di Labuan
Polis Terpaksa Guna Kekerasan Tangkap Lelaki Ingkar Arahan Saringan COVID-19 Di Labuan

Kontak Pertama Kepada Peserta Tabligh, Enggan Jalani Saringan Secara Sukarela

Pihak polis menjelaskan bahawa mereka terpaksa berbuat demikian kerana lelaki (subjek) tersebut tidak mengendahkan arahan hadir secara sukarela untuk menjalani ujian saringan COVID-19 seterusnya menjalani kuarantin di Hospital Labuan pada 17 Mac 2020. Subjek merupakan bapa (kontak pertama) kepada salah seorang ahli jemaah tabligh yang menghadiri perhimpunan di Sri Petaling. Anaknya memaklumkan bahawa mereka tinggal serumah setelah pihak hospital menjalankan saringan ke atasnya.

Akibat daripada perbuatan subjek yang enggan memberikan kerjasama semasa pasukan perubatan datang ke rumah untuk membawanya ke hospital, pihak Jabatan Kesihatan W.P. Labuan terpaksa menghubungi pihak polis bagi membantu mereka menjalankan perintah dan tugas membawa subjek ke hospital secara paksaan. Sehubungan itu, seorang Pegawai dan dua anggota telah dikerahkan untuk membantu pihak hospital dengan menggunakan kekerasan minima seperti peruntukkan Seksyen 15(2) Akta yang sama.

ArtikelBerkaitan

PKPD Di Penempatan Skim Semula Sentosa Fasa 2 Sibu, Bermula 27 Februari Hingga 12 Mac

Sarawak Catat Kluster Tahun Baru Cina Pertama, Kluster Komuniti Di Kota Samarahan

ADVERTISEMENT

Subjek akhirnya berjaya dibawa ke Hospital Labuan untuk menjalani sesi saringan dan menjalani perintah kuarantin selama 14 hari di Pusat Kuarantin Hospital Labuan.

Video Tangkapan Tular Undang Kecaman Netizen

Video tangkapan tersebut pula tular di laman media sosial dan mengundang kecaman orang ramai yang menyifatkan tindakan lelaki tersebut sebagai mementingkan diri sendiri dan membahayakan nyawa penduduk sekitar kawasan perumahan tersebut.

ADVERTISEMENT

Sambungan pic.twitter.com/2HbJK0gzW8

— ♚ⓟⓛⓝⓐⓗ♚ (@MissPinaH_12) March 19, 2020

Apa yang susah sangat nak bagi kerjasama aduyai, jangan d sebabkan pakcik sorang, habis sangkut paut kat orang lain.

— ₆⁶₆ (@dnialhaikl) March 19, 2020

Yg ikut arahan buat saringan tu baguslah. Yg ingkar arahan x g buat saringan smpai nak kena kesan 1 persatu tu dah knp? Takut? Ke nak kata buat apa takut? Baik campak je dlm kandang singa. Lps tu jwb balik, buat apa nak takut. Kan mati tu Allah dah tetapkan.

— razmeel (@razmeel_) March 19, 2020

What the f**k.. Islam is islam but.. Plss bg kerja sama…. Allah pun x melarang kita x buat benda baik.. Ini pon benda baik yg kita bole buat utk membantu org lain.. What for pg tabligh tp apa yg kau belajar x gune.. Pls laaa Dont selfish……

— usahawanhennaline.kajangryna (@RNaimgrande) March 19, 2020

There's one thing that Islam highly advocates – responsibility. I repeat, responsibility. Not selfishness. Responsibility.

Normally I ain't the one liking to see arrests but yo, this bum got his numbers up. Islam is not hubris. You don't think of your neighbour, you no good.

— Aiman Attar (@aimanattar) March 20, 2020

Aku tak kisah kau nak join tabligh ke ape…tapi jangan jadi bodoh tak semena2..

— Dobby Ace 🃏 (@FanaRzyn) March 19, 2020

Pesanan kepada anda yang berisiko untuk dijangkiti, segera jalani saringan di pusat kesihatan yang terdekat dan berlaku jujur dengan petugas kesihatan. Jangan sampai pihak berwajib menggunakan kekerasan semata-mata untuk merendahkan ego anda yang membahayakan nyawa orang ramai. Semoga kita semua dijauhkan daripada penyakit dan sifat sebegini.

Share336Tweet38SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy