fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Putera Charles Juga Disahkan Positif COVID19, Kini Dalam Keadaan Stabil

iloveborneo Oleh iloveborneo
25 Mac 2020
Putera Charles Juga Disahkan Positif COVID19, Kini Dalam Keadaan Stabil
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Putera Charles yang berusia 71 tahun juga kini disahkan positif COVID19

Putera Charles Juga Disahkan Positif COVID19, Kini Dalam Keadaan Stabil. Putera Charles, yang merupakan waris kepada sistem diraja United Kingdom kini disahkan posifitf COVID19, menurut satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh jurucakap beliau.

Putera Charles Juga Disahkan Positif COVID19, Kini Dalam Keadaan Stabil
Putera Charles Juga Disahkan Positif COVID19, Kini Dalam Keadaan Stabil

Putera Charles adalah Paduka anakanda sulung kepada Ratu Elizabeth II dan Putera Philip, Duke Edinburgh. Baginda ialah pewaris takhta United Kingdom dan 15 lagi negara di dalam Kerajaan Komanwel. Baginda telah memegang gelaran “Putera Wales” sejak 1958 dan digayakan dengan Duli Yang Teramat Mulia Putera Wales, dan di Scotland, Duli Yang Teramat Mulia Putera Charles, Duke Rothesay. Menurut perlembagaan UK, baginda berada dalam barisan pertama untuk menaiki takhta, tetapi berada di tempat ketiga dalam susunan keutamaan, selepas Ratu dan Duke Edinburgh.

ADVERTISEMENT

Putera Charles terkenal dengan kerja-kerja kebajikannya terutama sekali dengan badan kebajikannya sendiri iaitu “The Prince’s Trust”. Jadual beliau dipenuhi dengan tugas-tugas diraja yang diambil alih dari kedua-dua paduka ayahanda dan bondanya yang semakin lanjut usia. Beliau juga terkenal dengan perkahwinannya dengan mendiang Yang Mulia Lady Diana Spencer dan kemudiannya dengan Duli Yang Teramat Mulia Camilla, Duchess Cornwall.

Menurut Clarence House, Putera Charles dan isterinya kini mengasingkan diri dari orang lain dan menjalani kuarantin. Namun begitu, difahamkan beliau dalam keadaan sihat dan hanya menunjukkan simptom biasa. Isterinya pula, Duchess of Cornwall telah disahkan negatif dari COVID19.

ArtikelBerkaitan

Sarawak Dahului Carta Penerima Suntikan Vaksin COVID-19 Di Malaysia

Sarawak Lancarkan Perkhidmatan Bas Elektrik Percuma Hari Ini

ADVERTISEMENT

Difahamkan juga, kebanyakan pekerja di istana beliau kini menjalani kuarantin di rumah bagi mengelakkan COVID19 dari terus menular. Putera Charles pula kini hanya bekerja dari rumah semasa tempoh kuarantin beliau.

ADVERTISEMENT
Share214Tweet38SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy