fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Rakyat Malaysia Tidak Perlu Buat Swab Jika Hendak Ke Sabah Semasa PKPP

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
16 Jun 2020
Rakyat Malaysia Tidak Perlu Buat Swab Jika Hendak Ke Sabah Semasa PKPP
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Perkara Tersebut Dimaklumkan Oleh Ketua Menteri Sabah Semalam.

Rakyat Malaysia Tidak Perlu Buat Swab Jika Hendak Ke Sabah Semasa PKPP. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Syafie Apdal semalam mengumumkan bahawa mana-mana individu warganegara Malaysia yang ingin memasuki Sabah semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) tidak perlu membuat ujian sampel saringan COVID-19.

Menerusi sidang media semalam, beliau menjelaskan bahawa rakyat Malaysia sama ada dari Semenanjung, Sarawak dan Labuan hanya perlu mengisi borang deklarasi kesihatan.

Bukan itu sahaja, mereka juga perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS).

ADVERTISEMENT

Walau bagaimanapun, kebenaran itu masih tertakluk kepada peraturan jabatan imigresen serta jabatan yang lain. Pada masa yang sama, pihak JKNS akan terus memantau dan menilai tahap risiko kesihatan individu yang memasuki Sabah.

Rakyat Malaysia Tidak Perlu Buat Swab Jika Hendak Ke Sabah Semasa PKPP
Rakyat Malaysia Tidak Perlu Buat Swab Jika Hendak Ke Sabah Semasa PKPP

Sebelum ini, kerajaan negeri Sabah mewajibkan individu yang ingin memasuki Sabah untuk melakukan ujian saringan atau swab sampel.

ArtikelBerkaitan

Tediri Daripada 3 Orang Pertama, Kenali Task Force Khas Tangani COVID-19 Di Sarawak

Demi Capaian Internet, Ayah Ini Bina Pondok Sementara Untuk Anak-Anak

Sampel tersebut pula hendaklah disahkan negatif sebelum mereka dibenarkan memasuki Sabah.

ADVERTISEMENT

Mana-mana individu yang dibenarkan memasuki Sabah sebelum ini juga tidak perlu menjalani perintah kuarantin sekiranya mereka disahkan negatif. Namun, dengan syarat mereka haruslah mengemukakan surat pengesahan daripada Kementerian Kesihatan Sabah semasa ketibaan.

Langkah ini juga dilihat selari dengan keputusan kerajaan negeri yang menjadi negeri pertama membuka pelancongan lokal kepada seluruh rakyat Malaysia.

ADVERTISEMENT

Anda mahu melancong semula? Mungkin anda boleh mulakan dengan destinasi unik yang ada di Sabah :

Source: The Borneo Post
Share863Tweet74SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy