fbpx
Cerita Borneo

Riak Guna Cable Lepasi PKP, Wanita Ini Dikecam Hebat Netizen

Adakah showoff apabila membuat kesalahan itu satu perkara yang normal?

Riak Guna Cable Lepasi PKP, Wanita Ini Dikecam Hebat Netizen. Perintah Kawalan Pergerakan yang kini pada fasa kedua pelaksanaan secara teorinya dijalankan dengan lebih ketat. Namun begitu lain pula cerita di Sabah apabila seorang wanita ini dengan bangga memuatnaik di insta story beliau bagaimana beliau menggunakan cable untuk melepasi perintah kawalan pergerakan.

Riak Guna Cable Lepasi PKP, Wanita Ini Dikecam Hebat Netizen
Riak Guna Cable Lepasi PKP, Wanita Ini Dikecam Hebat Netizen

Bangga guna cable keluarga!

So kali ni kita main org dalam. Bos imigresen which is kawan my dad. Alhamdulillah lepas jugak kitorang balik KL

Wanita tersebut off course dengan bangganya memberitahu dunia internet bahawa beliau menggunakan orang dalam untuk mendapatkan kebenaran melepasi perintah kawalan pergerakan! Posting tersebut turut menyatakan bahawa beliau dan anak anak nya telah bersama keluarganya di Tawau untuk PKP selama 2 minggu dan kini ke Kuala Lumpur untuk PKP bersama suaminya pula.

Seperti biasa, tidak lama bagi netizen untuk mula mengkritik tindakan wanita tersebut selepas posting itu viral di media sosial

Tidak adil, kami burn tiket ratusan ringgit

Riak Guna Cable Lepasi PKP, Wanita Ini Dikecam Hebat Netizen

Seperti yang kita tahu, tidak mudah untuk bergerak apatah lagi menaiki pesawat ketika perintah kawalan pergerakan diadakan, terutamanya tanpa sebab yang jelas. Sudah pasti ada netizen yang mengecam tindakan tersebut kerana ada antara kita yang burn duit beratus ringgit kerana tidak dapat travel semasa PKP

Desak Pegawai Imigresen Disiasat

Riak Guna Cable Lepasi PKP, Wanita Ini Dikecam Hebat Netizen

Tindakan wanita tersebut juga menyebabkan netizen mendesak agar pegawai imigresen yang terlibat agar disiasat sekali. Ternyata posting terbabit menyebabkan ramai orang lain berasa tidak puas hati.

Fahami Perintah Kawalan Berkurung

Perintah Kawalan Berkurung yang dikuatkuasakan dari 1 sehingga 14 April ini adalah lebih ketat bagi terus mengekang COVID19 dari merebak. Jadi ayuh duduk rumah dan bantu untuk hentikan COVID19!

Artikel Berkaitan

Back to top button