fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Rumah Dan Sekolah Hampir Tenggelam, Giliran Kapit Pula Dilanda Banjir Teruk

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
14 September 2020
Rumah Dan Sekolah Hampir Tenggelam, Giliran Kapit Pula Dilanda Banjir Teruk
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Hujan lebat memburukkan keadaan.

Rumah Dan Sekolah Hampir Tenggelam, Giliran Kapit Pula Dilanda Banjir Teruk. Sejak kebelakangan ini, hujan lebat yang turun secara berterusan telah menyebabkan keadaan di negeri ini mengalami banjir yang buruk.

Setelah Bandaraya Sibu dilanda banjir minggu lalu, kini giliran Kapit pula mendapat nasib yang serupa.

ADVERTISEMENT

Pertembungan antara hujan lebat dan air pasang besar akibatkan banjir teruk

Akibat cuaca buruk sekaligus pertembungan dengan air pasang besar (king tide) di kawasan hulu Sungai Balleh, paras air sungai meningkat secara mendadak dan melimpah ke kawasan rendah berhampiran tebing sungai.

Rumah Dan Sekolah Hampir Tenggelam, Giliran Kapit Pula Dilanda Banjir Teruk
Rumah Dan Sekolah Hampir Tenggelam, Giliran Kapit Pula Dilanda Banjir Teruk
Sumber : Bomba Sarawak
Rumah Dan Sekolah Hampir Tenggelam, Giliran Kapit Pula Dilanda Banjir Teruk
Sumber : Bomba Sarawak

Keadaan ini telah menyebabkan kawasan rumah panjang dan sekolah hampir ditenggelami air dengan kenaikan paras air sehingga lebih 2 meter.

ArtikelBerkaitan

Sabah Luluskan ‘Travel Bubble’, Boleh Melancong Dari Resort Ke Pulau Mantanani

Cecair Merah Menitik Dari Siling, Rupa-Rupanya Darah Seorang Mayat Lelaki

ADVERTISEMENT

Laluan masuk ke kawasan petempatan di rumah panjang dan kampung terputus

Kawasan yang terjejas termasuklah beberapa rumah panjang di Nanga Entawau, Nanga Sempili, Nanga Kemali. dan Krangan Ara.

Selain itu, kawasan Kampung Baru, Kampung Muhibbah dan Rumah John Ramba turut mengalami nasib yang sama dengan keadaan jalan masuk ke kawasan tersebut terputus akibat dinaiki air.

ADVERTISEMENT

Sekolah tenggelam, air mencapai paras sehingga 2.5 meter

Dalam masa yang sama, beberapa buah sekolah turut terjejas teruk dengan paras air meningkat sehingga hampir mencapai bumbung sekolah. Antara sekolah yang ditenggelami air ialah SK Nanga Ibun dan SK Temenggong Koh dengan ketinggian air masing-masing mencapai paras 1.5 meter dan 2.5 meter.

Rumah Dan Sekolah Hampir Tenggelam, Giliran Kapit Pula Dilanda Banjir Teruk
SK Temenggong Koh ditenggelami banjir.
Sumber foto : JPBM
Rumah Dan Sekolah Hampir Tenggelam, Giliran Kapit Pula Dilanda Banjir Teruk
Sumber : Facebook
SK Nanga Ibun.
Sumber foto : JPBM

Walau bagaimanapun, semasa kejadian berlaku, tiada pelajar berada di sekolah memandangkan waktu hujung minggu dan para pelajar pulang ke kampung masing-masing.

Mangsa-mangsa banjir kini dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di SK Nanga Bawai.

Semoga keadaan banjir ini surut dengan segera. Sama-sama kita doakan keselamatan penduduk Kapit dan semangat agar mereka tabah menghadapi dugaan.

Lihat juga keadaan banjir yang melanda Bandaraya Sibu minggu lalu :

Share61Tweet38SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy