fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Sabah Mula Benarkan Sektor Pelancongan Domestik Beroperasi, Harus Patuhi SOP

iloveborneo Oleh iloveborneo
11 Mei 2020
Sabah Mula Benarkan Sektor Pelancongan Domestik Beroperasi, Harus Patuhi SOP
Share on FacebookShare on Twitter

Hanya untuk pasaran domestik sahaja

Sabah Mula Benarkan Sektor Pelancongan Domestik Beroperasi, Harus Patuhi SOP. Kerajaan Sabah kini membenarkan sektor pelancongan, kebudayaan dan alam sekitar beroperasi tetapi hanya melibatkan domestik sahaja.

Sabah Mula Benarkan Sektor Pelancongan Domestik Beroperasi, Harus Patuhi SOP
Sabah Mula Benarkan Sektor Pelancongan Domestik Beroperasi, Harus Patuhi SOP

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata, beberapa sektor lain turut dibuka iaitu aktiviti kebudayaan, perkhidmatan ikhtisas dan profesional, kedai menjual kenderaan bermotor dan jentera berat serta pengangkutan udara.

Maklumat terperinci sektor-sektor yang dibenarkan beroperasi bermula hari ini adalah seperti berikut :

ArtikelBerkaitan

Brunei Darussalam Lancar Strategi Vaksinasi, Dimuatkan Dalam Dokumen Yang Menarik Perhatian

Brunei Terima Sumbangan Vaksin Sinopharm Dari China Sebagai Tanda Persahabatan

SEKTOR PELANCONGAN, KEBUDAYAAN DAN ALAM SEKITAR

Aktiviti yang dibenarkan di bawah Sektor Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar serta rangkaiannya adalah seperti berikut:

Pelancongan Domestik (Dalam Negeri Sabah sahaja)

1. Aktiviti yang melibatkan penginapan, adventure dan recreation, tempat menarik, food and beverage, ticketing services, pengangkutan dan lain-lain yang berkaitan

2. Semua operasi perhotelan adalah dibenarkan kecuali fasiliti hotel seperti surau, gimnasium, spa, sauna, lounge, kolam renang, bilik mesyuarat, dewan seminar, bilik latihan dan buffet

Kebudayaan

Aktiviti seni budaya meliputi kegiatan seni kraf, visual, pakaian tradisi, makanan tradisi, muzik dan tari (yang tidak melebihi 10 orang) serta penyelidikan dan pendidikan budaya dan lain-lain.

 Alam Sekitar, Hidupan Liar dan Taman-Taman Negeri

1. Aktiviti yang meliputi kunjungan riadah, kajian, penyelidikan dan pemantauan Alam Sekitar termasuk perkhidmatan yang ditawarkan di Taman-Taman Sabah dan santuari seperti Tabin Wildlife Resort, Danum Valley, Maliau Basin, Imbak Canyon, Pusat Pemulihan Orangutan Sepilok, Taman Hidupan Liar Lok Kawi, Santuari Hidupan Liar Hilir Kinabatangan, KK Wet Land dan termasuk aktiviti-aktiviti yang diuruskan oleh pihak swasta.

2. Aktiviti yang meliputi Penuaian Sarang Burung, pengeluaran permit dan lesen hidupan liar dan lain-lain aktiviti yang dibenarkan. Pelaksanaan semua aktiviti dalam sektor ini dan rangkaiannya hendaklah mematuhi Standard Operating Prosedure (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pihak yang berkaitan.

Kerajaan Negeri juga memutuskan supaya bilangan penerbangan domestik ditambah dan menyeru kepada syarikat-syarikat penerbangan supaya menambah bilangan penerbangan daripada Kuala Lumpur / Johor Bahru / Pulau Pinang / Kota Bahru / Alor Star / Kuching / Miri / Bintulu ke Negeri Sabah dan sebaliknya.

Begitu juga dengan penerbangan-penerbangan dalam Negeri Sabah. Aktiviti pengangkutan udara adalah tertakluk kepada SOP KKM dan pihak berkuasa berkaitan.

Setakat ini, tiada lagi kawasan merah dicatatkan di Sabah dengan kawasan merah seperti Kota Kinabalu dan Tawau juga hanya mempunyai bilangan kes aktif kurang dari 10 orang yang sedang dirawat.

Baca Juga Artikel Lain :

Share604Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy