fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result

Sabah, Sarawak dan Brunei Catat 221 Kes Positif COVID19 Dalam Masa 1 Minggu

iloveborneo Oleh iloveborneo
18 Mac 2020
TERKINI : 5 Kes Positif COVID19 Di Sarawak Hari Ini, 87 Kes Keseluruhan
Share on FacebookShare on Twitter

Kes terkumpul setakat ini adalah sebanyak 221 Kes Positif COVID19

Sabah, Sarawak dan Brunei Catat 221 Kes Positif COVID19 Dalam Masa 1 Minggu. Tanpa kita sedari, sudah 1 minggu pulau kita dikejutkan dengan kehadiran COVID19. Seminggu yang lepas, tidak ada kes positif COVID19 walaupun secara hariannya terdapat beberapa buah kes Person Under Investigation. Berdasarkan maklumat harian yang dikemaskinikan, jumlah total kes positif COVID19 di Sabah, Sarawak dan Brunei setakat ini adalah 221 kes.

Sabah, Sarawak dan Brunei Catat 221 Kes Positif COVID19 Dalam Masa 1 Minggu

Sabah : 103 kes

Sabah mempunyai jumlah kes yang terbanyak, 103 kes dicatatkan dan sebahagian besar kes Positif COVID19 di Sabah juga berasal dari kluster perhimpunan di Sri Petaling. Lantas, Kerajaan Sabah mengambil langkah drastik dengan melarang rakyat bukan Sabah daripada memasuki negeri tersebut. Anda boleh rujuk artikel ini : COVID-19 : Kerajaan Sabah Larang Rakyat Bukan Sabah Memasuki Negeri Berkenaan Serta Merta

Sabah, Sarawak dan Brunei Catat 221 Kes Positif COVID19 Dalam Masa 1 Minggu

Sarawak : 50 kes

Setakat hari ini, 50 kes positif COVID19 dicatatkan di Sarawak. Sama seperti Sabah, kes kes ini sebahagian besarnya berasal dari kluster perhimpunan di Sri Petaling. 2 orang Ahli Parlimen juga disahkan positif, iaitu Ahli Parlimen Sarikei dan juga Ahli Parlimen Bandar Kuching. Anda boleh rujuk artikel artikel di bawah :
1. Ahli Parlimen Sarikei Disahkan Positif COVID19
2. Ahli Parlimen Kuching Disahkan POSITIF COVID19, Kini Sedang Dapatkan Rawatan

Kerajaan Sarawak juga mengambil tindakan tegas bagi mengekang penularan COVID19. Anda boleh rujuk artikel di bawah :
1. Kerajaan Sarawak Umum Individu Langgar Perintah Kawalan Pergerakan Berdepan Penjara

ArtikelBerkaitan

Brunei Darussalam Lancar Strategi Vaksinasi, Dimuatkan Dalam Dokumen Yang Menarik Perhatian

Brunei Terima Sumbangan Vaksin Sinopharm Dari China Sebagai Tanda Persahabatan

Krisis COVID-19 : Rakyat Brunei Tidak Dibenarkan Keluar Dari Negara

Brunei Darussalam

Brunei pula telah mencatatkan sebanyak 68 kes positif COVID19 setakat ini. Hari ini sahaja mereka telah mencatatkan 12 kes positif COVID19. Kes kes di Brunei juga sebahagian besarnya berasal dari kluster perhimpunan di Sri Petaling.

#newsupdate

Ministry of Health today announced 12 new positive COVID-19 cases in Brunei, bringing the national tally to 68. #borneobulletin

— Borneo Bulletin (@borneo_bulletin) March 18, 2020

Brunei turut mengambil tindakan yang sangat tegas, dengan melarang rakyatnya dari keluar negara. Anda boleh rujuk artikel ini :
1. Krisis COVID-19 : Rakyat Brunei Tidak Dibenarkan Keluar Dari Negara

Setakat ini, penularan kes COVID19 masih berlaku dengan pertambahan kes yang tinggi setiap hari. Anda disarankan untuk patuh dengan undang undang kerajaan tempatan anda dengan hanya tinggal di rumah sekiranya tidak ada perkara lain untuk dilakukan.

Share6476Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy