fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Berita Malaysia

Sabah Umum Benarkan Kemasukan Rentas Negeri Untuk Lawatan Sosial

Husna Hazmi Oleh Husna Hazmi
4 Disember 2020
Sabah Umum Benarkan Kemasukan Rentas Negeri Untuk Lawatan Sosial
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Kerajaan Negeri Sabah telah bersetuju dengan keputusan berikut.

Sabah Umum Benarkan Kemasukan Rentas Negeri Untuk Lawatan Sosial. Sabah telah membuat pengumuman hari ini bahawa pembukaan pintunya pada pengunjung daripada Semenanjung, Sarawak dan juga Labuan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun berkata bahawa kemasukan ke negeri Sabah ini hanya memerlukan ujian saringan COVID-19 yang dibuat tiga hari sebelum bertolak.

ADVERTISEMENT

Menurut beliau juga, syarat yang lebih longgar itu ditetapkan dalam prosedur operasi standard (SOP) baharu yang telah dipersetujui oleh kerajaan negeri sejajar dengan penambahbaikan SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) secara berperingkat.

Sabah Umum Benarkan Kemasukan Rentas Negeri Untuk Lawatan Sosial. Kredit gambar: Harian Metro
Sabah Umum Benarkan Kemasukan Rentas Negeri Untuk Lawatan Sosial. Kredit gambar: Harian Metro

Benarkan kemasukan individu ke Sabah

“Kerajaan negeri bersetuju membenarkan kemasukan individu ke Sabah dengan beberapa perincian SOP baharu, antaranya membenarkan kemasukan individu ke Sabah untuk tujuan sosial.

ArtikelBerkaitan

Kalimantan Selatan Turut Dilanda Banjir Teruk, Lelaki Ini Dedah Peta Pulau Borneo Yang Semakin Gondol

RM200 Juta Diperuntukan Bagi Meringankan Beban Mangsa Terjejas Akibat Banjir

“Ia membabitkan kemasukan domestik bagi pemegang MyKad, MyPR, MyKAS; pemegang pas imigresen jangka panjang bukan warganegara yang sah tempoh dan suami atau isteri kepada rakyat Sabah dan tanggungan,”tambah beliau pada sidang media perkembangan semasa Covid-19 Sabah, malam ini.

ADVERTISEMENT

Oleh demikian, kemasukan orang bukan warga negara yang tidak memiliki pas imigresen jangka panjang wajib untuk mendapatkan kelulusan khas daripada kerajaan negeri, katanya.

Disamping itu, beliau berkata semua individu yang memasuki Sabah melalui pintu masuk udara, laut dan darat hanya perlu menjalani calitan ujian pengesanan RT-PCR atau RTK-Ag COVID-19 tiga hari sebelum perjalanan.

ADVERTISEMENT

“Hanya individu yang tidak bergejala dengan keputusan ujian negatif akan dibenarkan masuk ke Sabah. Kebenaran pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi pergerakan keluar dari Sabah pula tidak diperlukan,” tambahnya lagi.

Sabah Umum Benarkan Kemasukan Rentas Negeri Untuk Lawatan Sosial

Ramai rakyat negeri ini ingin pulang

Masidi yang juga merupakan jurucakap Covid-19 Sabah berkata, kebenaran itu mengambil kira ramai rakyat negeri ini yang berada di Semenanjung ingin pulang namun terhalang disebabkan larangan rentas negeri.

Menurutnya, keputusan itu merupakan usaha kerajaan untuk memulihkan pelancongan domestik secara berperingkat menerusi kemasukan pengunjung dari negeri lain.

“Kita juga mengambil kira ada rakyat Sabah mahu pulang untuk menyambut Krismas bersama keluarga pada akhir bulan ini.

Sabah Umum Benarkan Kemasukan Rentas Negeri Untuk Lawatan Sosial

Kebenaran ini tertakluk kepada SOP

“Bagaimanapun, perlu diingat kebenaran ini juga tertakluk kepada SOP lain yang masih dikuatkuasakan,” katanya.

Beliau berkata, maklumat yang lebih lanjut berhubung perkara itu termasuk sama ada PKPB di Sabah ditamatkan atau tidak dijangka diumumkan Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pada esok hari.

Katanya, Ismail juga dijangka untuk membuat pengumuman mengenai status larangan rentas daerah yang dikuatkuasakan di Sabah ketika ini.

PKPB di Sabah yang disambung selama sebulan sejak awal bulan lalu dijadualkan akan tamat pada Ahad ini.

Kredit: HarianMetro

Lagi di sini:

Share168Tweet105SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy