fbpx
Cerita Borneo

Sanggup Berpanas Atas Jalan, Lihat Usaha Gigih Pelajar Ini Dapatkan Capaian Internet Demi Peperiksaan

Kepanasan Bukan Alasan Untuk Tidak Belajar

Sanggup Berpanas Atas Jalan, Lihat Usaha Gigih Pelajar Ini Dapatkan Capaian Internet Demi Peperiksaan. Jika anda sering mendengar alasan bahawa capaian internet merupakan penghalang kepada sesetengah pelajar untuk menuntut ilmu, sebaliknya ia tidak berlaku kepada pelajar Tingkatan 1 di Sarikei ini.

SMK Tinggi Sarikei berkongsi sekeping gambar menunjukkan seorang pelajar berumur 13 tahun duduk atas jalan di bawah matahari panas semata-mata untuk mencari talian internet demi menyiapkan peperiksaannya.

Gambar terbabit mengundang simpati serta kekaguman netizen atas usaha budak tersebut.

Sanggup Berpanas Atas Jalan, Lihat Usaha Gigih Pelajar Ini Dapatkan Capaian Internet Demi Peperiksaan
Sanggup Berpanas Atas Jalan, Lihat Usaha Gigih Pelajar Ini Dapatkan Capaian Internet Demi Peperiksaan

Berlaku di Sarikei, Sarawak

Menurut kapsyen gambar tersebut, peperiksaan yang diduduki oleh pelajar itu, iaitu Heliyana, Tingkatan 1, merupakan Penilaian Penggal Pertama 2020. Akibat kurang capaian internet di rumah panjang dia, dia terpaksa pergi ke tepi jalan kampung sehingga duduk di bawah terik matahari.

Yang lebih menyedihkan, Heliyana bukan sahaja seorang yang mempunyai kesusahan dalam melakukan pembelajaran lalui talian.

Difahamkan lebih daripada 20 daripada 850 pelajar SMK Tinggi Sarikei menghadapi cabaran dalam membiasakan diri untuk belajar melalui e-learning kerana kekurangan capaian internet, terutamanya di kawasan pendalaman.

Sanggup Berpanas Atas Jalan, Lihat Usaha Gigih Pelajar Ini Dapatkan Capaian Internet Demi Peperiksaan
Terdapat bilangan pelajar yang mempunyai kesusahan adapsi ke norma baharu mereka akibat kekurangan capaian internet. Facebook SMK Tinggi Sarikei

Salah seorang daripada golongan ini tidak mempunyai telefon pintar. Disebaliknya, hanya mempunyai telefon bimbit bermodel lama yang hanya boleh menghantar dan menerima SMS sahaja.

Atas nilai keprihatinan dan sayang, guru pelajar itu, Cikgu Tie, sanggup menghantarkan kertas pentaksiran kepada pelajar itu dan akan menerima jawapan soalan-soalan melalui SMS.

Capaian Internet Yang Limited Adalah Cabaran Utama

Menurut pengetua sekolah SMK Tinggi Sarikei, e-pembelajaran tidak mudah dilaksanakan di kawasan luar bandar, seperti mereka.

“Sebilangan pelajar dari keluarga miskin yang tidak mempunyai telefon pintar, jadi mereka harus menggunakan telefon bimbit ibu bapa mereka untuk belajar. Kadang kala ibu bapa tidak meninggalkan telefon bimbit mereka di rumah. Mereka hanya dapat belajar kerja rumah mereka pada waktu tengah hari atau petang,” kata beliau.

Sanggup Berpanas Atas Jalan, Lihat Usaha Gigih Pelajar Ini Dapatkan Capaian Internet Demi Peperiksaan
Seperti pelajar-pelajar lain di seluruh Malaysia, mereka juga terpaksa menjalankan sesi pembelajaran melalui talian. Kredit: Facebook SMK Tinggi Sarikei

Walaupun menghadapi cabaran yang besar, tidak dinafikan mereka telah berusaha dengan tekun demi pelajaran mereka meskipun dalam keadaan yang sukar.

Diharapkan capaian internet di kawasan-kawasan luar bandar akan diperbaiki agar mereka yang terjejas boleh melaksanakan pembelajaran dengan baik dan tidak berketinggalan.

Semoga Heliyana dan rakan-rakannya dipermudahkan urusan. Pesanan bagi para pelajar yang menikmati talian internet yang sempurna serta memiliki telefon bimbit pintar, diharapkan mengambil ini sebagai teladan agar harus mendedikasikan diri untuk belajar dan don’t take your education for granted!

Lebih lagi disini:

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close