fbpx
Cerita Borneo

‘Sarawak’ Trending Lagi Di Twitter, Kali Ini Gaduh Gara-Gara Ranking Laksa Pula

Chill lah! Laksa Je Pun.

‘Sarawak’ Trending Lagi Di Twitter, Kali Ini Gaduh Gara-Gara Ranking Laksa Pula. Tidak dinafikan, Malaysia merupakan syurga makanan. Setiap negeri mempunyai makanan identitinya masing-masing. Namun demikian, citarasa setiap orang adalah berbeza dan ia tidak boleh dipaksa. Akibat perbezaan pendapat ini, amat mendukacitakan apabila rakyat Malaysia dilihat bertelagah sesama sendiri hanya kerana laksa.

'Sarawak' Trending Lagi Di Twitter, Kali Ini Gaduh Gara-Gara Ranking Laksa Pula
Kredit : Tenor

Terbaharu, di laman Twitter, kata kunci Sarawak trending lagi gara-gara perselisihan antara ranking laksa Sarawak dan laksa Penang. Hal ini bermula daripada sebuah ‘memes‘ yang berunsur menyindir laksa Penang dengan meletakkan ranking laksa Sarawak serta mi kolok. Ia kemudian diciap oleh seorang pengguna Twitter yang mengatakan bahawa beliau seolah-olah mengerti siapa yang bertanggungjawab menghasilkan ‘memes‘ berunsur dabik dada tersebut.

“Terpaling Tak Racist, Terpaling Perpaduan, Terpaling Paling”

Ciapan ini kemudian diulang kicau sebanyak 2.9 ribu kali dan mendapat 3.6K tanda sukaan. Menerusi ruangan balas di bawah ciapan tersebut, rata-rata pengguna yang bersetuju dengan ciapan tersebut menyatakan bahawa orang Sarawak tidaklah seharmoni seperti yang digembar-gemburkan. Ada juga segelintirnya yang menyamakan semangat kenegerian Sarawak seperti sebuah lagi negeri lain di Semenanjung Malaysia.

'Sarawak' Trending Lagi Di Twitter, Kali Ini Gaduh Gara-Gara Ranking Laksa Pula
'Sarawak' Trending Lagi Di Twitter, Kali Ini Gaduh Gara-Gara Ranking Laksa Pula
'Sarawak' Trending Lagi Di Twitter, Kali Ini Gaduh Gara-Gara Ranking Laksa Pula

Chup! Ini sedikit informasi menarik tentang Laksa Sarawak :

Sedap Itu Subjektif, Ya Kawan-Kawan…

Seperti biasa, ada juga yang mempertahankan Sarawak kerana kebanyakan balasan ciapan menyentuh perkara yang tidak berkaitan dengan makanan. Namun demikian, ramai juga yang bersetuju bahawa perbandingan makanan adalah sesuatu yang subjektif dan bergantung kepada citarasa masing-masing.

'Sarawak' Trending Lagi Di Twitter, Kali Ini Gaduh Gara-Gara Ranking Laksa Pula
'Sarawak' Trending Lagi Di Twitter, Kali Ini Gaduh Gara-Gara Ranking Laksa Pula
'Sarawak' Trending Lagi Di Twitter, Kali Ini Gaduh Gara-Gara Ranking Laksa Pula
‘Sarawak’ Trending Lagi Di Twitter, Kali Ini Gaduh Gara-Gara Ranking Laksa Pula
'Sarawak' Trending Lagi Di Twitter, Kali Ini Gaduh Gara-Gara Ranking Laksa Pula

Jika diamati, budaya sebegini semakin kerap berlaku sejak kebelakangan ini. Tidak salah untuk menyatakan keenakan makanan dari negeri masing-masing, tetapi ia bukanlah sesuatu yang wajar untuk dijadikan bahan gurauan yang sensitif dan menyentuh identiti sesebuah negeri. Tidak kiralah sama ada dari Sabah, Sarawak mahupun Semenanjung Malaysia.

Janganlah pula diamalkan sikap cepat ‘triggered‘ kerana mungkin sahaja kita yang tersalah tafsir sesebuah gurauan. Tidak salah untuk berbalas-balas pendapat, tetapi tidak perlu sehingga memburukkan antara satu sama yang lain. Ia sekaligus menunjukkan pemikiran yang cetek serta mencalarkan imej baik tanah air sendiri.

Untuk orang Sarawak, kita memang ‘pengingga‘ tapi harapnya bertempat lah ya.

Ilek-ilek jak bah.

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close