fbpx
Cerita Borneo

Seluruh Syarikat Akan Diarahkan Tutup Jika Salah Seorang Staff Disahkan Positif COVID-19

Pengorbanan yang mesti diambil sebagai langkah membendung Covid-19

Seluruh Syarikat Akan Diarahkan Tutup Jika Salah Seorang Staff Disahkan Positif COVID-19. Dalam sebuah laporan terkini mengenai hal tersebut, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata langkah ini perlu diambil sebagai salah satu cara bukan sahaja untuk membendung virus malah untuk menyelamatkan syarikat daripada menghadapi masalah kewangan.

Seluruh Syarikat Akan Diarahkan Tutup Jika Salah Seorang Staff Disahkan Positif COVID-19 | Gambar : NST

Majikan harus bertanggungjawab atas pekerja syarikat

Menurut laporan tersebut, beliau berkata kerajaan baru sahaja mengarahkan penutupan sebuah tapak pembinaan setelah mengesan beberapa kes positif di kawasan tersebut. Mengenai perkara ini, beliau menekankan majikan harus bertanggungjawab atas pekerja syarikat dengan memastikan para pekerja tidak dijangkit virus agar mengelak masalah kewangan yang bakal datang sekiranya langkah keselamatan tidak diambil.

Dijelaskan juga tindakan ini diambil selaras dengan taktik kerajaan terbaharu dalam cara membendung virus tersebut. Disebalik menggunakan pendekatan yang digunakan sebelum ini, pihak berkuasa kini akan melaksanakan lockdown di beberapa kawasan spesifik dimana kes-kes Covid-19 dikenalpasti.

“Tujuan kerajaan mengarahkan saringan wajib ialah untuk menyelamatkan perniagaan yang terjejas dengan menyelamatkan pekerja mereka,” tambah beliau lagi.

Mengenai pernyataan tersebut, beliau berkata syarikat patut mengukuhkan peraturan dimana semua pekerja asing dikenakan ujian swab Covid-19 sebelum dibebaskan untuk menyambung semula pekerjaan.

“Kerajaan sudah menyatakan PERKESO akan membayar semua saringan Covid-19 untuk mereka yang menyumbangkan,” kata beliau.

Walaupun ini kononnya mengurus 60% pekerja asing yang dilaporkan menyumbang kepada dana tersebut, beliau mengatakan majikan dapat membuat pengaturan lain untuk mengimbangi kos ujian untuk pekerja yang tidak mencarum.

“Sebagai contoh, majikan boleh tolak RM50 sebulan daripada gaji pekerja. Yang penting, majikan bertanggungjawab atas pekerja mereka kerana tanpa pekerja, syarikat pun tidak dapat beroperasi, kan?” tambah beliau.

Beliau menambah lagi majikan harus melayan pekerja mereka dengan hormat.

“Layan lah pekerja anda seperti cara anda melayan keluarga anda. Suka atau tidak, kita semua harus membuat pengorbanan,” kata beliau.

Nearly 80% of illegal foreign workers in Malaysia haven't applied ...
Beliau berkata semua majikan bertanggungjawab atas kebajikan pekerja syarikat. Kredit: Human Resources Online

Baca Juga Artikel Lain :

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close