fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Tahukah Anda Sarawak Pada Suatu Ketika Dahulu Mempunyai 5 Kingdom?

Kedung BK Oleh Kedung BK
28 Ogos 2020
Tahukah Anda Sarawak Pada Suatu Ketika Dahulu Mempunyai 5 Kingdom?
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

The Kingdom(s) of Sarawak

Tahukah Anda Sarawak Pada Suatu Ketika Dahulu Mempunyai 5 Kingdom? Berdasarkan pengetahuan umum tentang sejarah Sarawak, kita tahu pada suatu ketika dahulu rakyat Sarawak ditadbir oleh keluarga Brooke.

Selain itu, kita sering mendengar ungkapan ‘Kingdom of Sarawak’ di mana kita biasanya mengaitkan dengan zaman keluarga Brooke menjadi pemerintah negeri ini pada suatu ketika dahulu.

ADVERTISEMENT

Tetapi tahukah anda Sarawak mempunyai 5 buah negeri warisan, bahkan sebelum ketika James Brooke diisytiharkan sebagai White Rajah?

Tahukah Anda Sarawak Pada Suatu Ketika Dahulu Mempunyai 5 Kingdom?
Tahukah Anda Sarawak Pada Suatu Ketika Dahulu Mempunyai 5 Kingdom?

Kingdom of Bo-Ni

Kerajaan terawal ialah Kerajaan Bo-Ni, iaitu gelaran Brunei pada masa dahulu berdasarkan sumber.

ArtikelBerkaitan

Tediri Daripada 3 Orang Pertama, Kenali Task Force Khas Tangani COVID-19 Di Sarawak

Demi Capaian Internet, Ayah Ini Bina Pondok Sementara Untuk Anak-Anak

Menurut sebuah penyelidikan yang dilakukan oleh seorang pakar Sejarah dari UNIMAS, Sanib Said, beliau menyatakan sejarah Brunei boleh dikesan sejak abad ke-9!

ADVERTISEMENT

Terdapat beberapa versi tentang bagaimana kerajaan ini ditubuhkan. Salah satunya adalah seorang pengembara menetap di Teluk Brunei dan menikah dengan 14 wanita di kawasan tersebut lalu menubuhkan sebuah wilayah di sana.

Teluk Brunei, dimana kerajaan Bo-Ni ditubuhkan. Kredit: Waterbodies.org

Dalam wilayah ini, lelaki itu tidak diisytiharkan sebagai ketua tetapi 14 anaknya hasil daripada perkahwinan dengan 14 isterinya yang menjadi saparadian atau ketua wilayah.

ADVERTISEMENT

Mereka bersama lalu menubuh sebuah wilayah di sisi sungai.

Pada zaman itu, ahli komuniti akan memilih ketua mereka dari golongan tua. Anak sulung daripada 14 adik-beradik itu, Awang Alak Belatar, dipilih sebagai Raja negeri. Manakala, adik kedua, Awang Sama’un, dilantik sebagai panglima.

Panglima Awang Sama’un dipuji atas kehebatannya sehingga sebuah syair dinamakan sempena panglima itu iaitu Syair Awang Sama’un.

Malah, sebuah kisah ditulis mengenai keberanian panglima ini dalam Hikayat Sama’un. Kisah ini ditulis dalam sebuah buku yang juga menceritakan kisah-kisah lain. Buku ini sangat popular di Kepulauan Melayu pada masa lalu dan diterjemahkan dalam bahasa Sunda di pulau Jawa.

Hikayat Sama’un juga termasuk dalam hikayat-hikayat lain. Kredit: My Repositori

Sastera ini menjadi bahan bukti untuk membuktikan kewujudan kerajaan Bo-Ni dan 14 wilayahnya. Selain itu, sastera Cina menyatakan kerajaan ini wujud sejak 860 Masihi, di mana nama raja-raja Bo-Ni seperti Hiangta (977 Masihi), Si-li-ma-je (1082 Masihi) dan Hsiawang (1408 Masihi) dinyatakan.

Dikatakan sastera Cina ini juga digunakan oleh pakar Sejarah untuk menentukan sejarah awal penubuhan Brunei.

Di samping itu, sebuah sastera Jawa iaitu Nagarakrtagama, menyatakan wilayah Bo-Ni kemudian ditadbir oleh kerajaan Majapahit.

Sastera Jawa, Nagarakretagama, dijadikan rujukan untuk penetuan kewujudan kerajaan negeri. Kredit: Wikipedia

Kingdom of Santubong

Ya, pada suatu ketika dahulu Sarawak betul-betul ada Kerajaan Santubong.

Walaupun ia tak pasti jika Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang betul-betul wujud atau hanya lagenda yang direka, Kerajaan Santubong memang pernah wujud.

Kingdom of Santubong. Kredit: Kingdom of Sarawak

Perkara ini dapat dibuktikan dengan penemuan beberapa artifak di persekitaran Santubong. Antara artifak yang ditemui adalah batu emas (ditemui oleh James Brooke dan membuktikan kemungkinan orang India dari tanah besar India pernah diam di sini), ribuan keping seramik Cina (dikutip oleh Muzium Sarawak pada tahun 1914), dan 40, 000 ton besi.

Antara artifak ditemui di Santubong. Kredit: Sarawak Heritage Society

Pemeriksaan atas artifak terbabit mendapati Santubong mungkin wujud sejak abad ke-7 dan berkuasa sehingga abad ke-10 atau abad ke-14. Ia juga didapati Santubong mungkin berperanan sebagai bandar pelabuhan ketika besi ditemui di sana.

Sumber-sumber semula jadi di Santubong turut menarik perhatian Majapahit dan menyebabkan Santubong ditadbir oleh kerajaan Majapahit. Pada masa ini juga, nama Santubong ditukarkan ke Sawaku.

Kingdom of Samarahan–Sadong

Dua sungai di Sarawak dianggap penting di negeri ini, iaitu Sungai Samarahan dan Batang Sadong. Tapi pada suatu ketika dahulu, kedua-dua sungai ini mempunyai wilayah sendiri, menurut Silsilah Raja-Raja Brunei.

Silsilah Raja-Raja Brunei. Kredit: OpenEdition Journals

Malah pada tahun 1850-an, James Brooke dan British Consul, Spenser St. John, menemui sebuah patung batu yang mempunyai pengaruh agama Hindu di kawasan terbabit.

Disamping itu, sejarahwan menemui seramik Cina dari abad ke-14 dan ke-15 di lembah Sadong dan membuktikan kewujudan penempatan di sekitar pantai dan pedalaman. Di kawasan tertentu pula, pakar sejarah menemui 79,754 buah periuk dan beratus artifak lain seperti manik, syiling dan emas!

Tetapi artifak yang lebih menarik ditemui adalah 143 keping seramik Sawankhalok yang datang sejauh dari Thailand.

Contoh periuk seramik Sawankhalok.

Walau bagaimanapun, tiada wujudnya catatan sejarah mengenai Old Samarahan Kingdom di mana-mana sastera Cina bahkan Jawa. Satu-satunya perkara yang dapat dipercayai oleh sejarawan ialah peninggalan dan seramik Hindu yang terdapat di Sungai Samarahan dan Batang Sadong.

Kingdom of Kalaka

Kerajaan ini merupakan kerajaan yang lain daripada yang lain.

Hal ini kerana kerajaan ini ditadbir oleh dua adik-beradik perempuan, tak seperti kerajaan lain dahulu yang ditadbir oleh kaum lelaki.

Kerajaan Kalaka ditadbir oleh dua adik-beradik perempuan. Kredit: Blogger

Malah, terdapat sebuah syair iaitu Syair Tarsilah Negeri Saribas yang menyatakan nama adik-beradik perempuan terbabit.

Terhenti dulu kisah itu
Tersebutlah pula habar suatu
Di Negeri Kalaka’ habarnya tentu
Dayang Hubu’ Dayangnya Ruku

Selain merujuk ke syair ini, kewujudan adik-beradik perempuan ini juga dinyatakan dalam Silsilah Raja-Raja Brunei. Menurut teks, kerajaan itu dihadiahkan ke Brunei oleh kerajaan Johor dan ia menjadi keutamaan Brunei.

Dan seperti kerajaan lain, Kerajaan Kalaka yang terletak di lembah Sadong, juga mempunyai artifak-artifak lain untuk membuktikan kewujudannya.

Sejarahwan menemui sebanyak 9,469 keping seramik Cina termasuk seramik Sawankhalok yang ditemui di persekitaraan apa yang pernah menjadi kerajaan Samarahan.

Seramik terbabit dikatakan dibuat pada sekitar abad ke-16 dan ke-17. Perkara ini juga menunjukkan bahawa kerajaan Kalaka masih muda jika dibandingkan dengan kerajaan lain di sekeliling.

Kingdom of Saribas

Menurut penyelidikan Sanib, kerajaan Saribas hanya wujud sekitar pertengahan abad ke-17. Hal ini kerana tiada catatan sejarah mengenai kerajaan ini dalam sastera Jawa iaitu Nagarakrtagama – sastera ini, bagaimanapun, menyatakan kewujudan kerajaan jiran iaitu kerajaan Kalaka.

Untuk pengetahuan anda, kisah mengenai bagaimana kerajaan ini ditubuhkan tidak diketahui sehingga tahun 2002 apabila Syair Tarsilah Cetera Abang Gudam dan Temenggong Qadir Negeri Saribas, ditemui.

Naskah tersebut mengisahkan tentang seorang pelarian bernama Pengiran Temenggong Abdul Qadir, yang juga mempunyai seorang anak perempuan cantik iaitu Dang Chi’. Dang Chi’ lalu diculik oleh Sultan.

Pengiran Temenggong berlari ke Batang Saribas dan kemudian membina sebuah bandar di Tandang Sari.

Tandang Sari juga merupakan tempat kediaman wanita lagenda di Sarawak, Dayang Isah. Kredit: mStar

Di sini, Pengiran Temenggong bertemu dengan seorang lelaki dikatakan putera Pagaruyung iaitu Dato Gudam. Dato Gudam merupakan seorang individu yang popular di kalangan rakyat Saribas dan Brunei.

Difahamkan, Dato Gudam sepatutnya menjadi Raja Pagaruyung namun gagal dan memutuskan untuk pergi ke Saribas dari Sumatera bagi tujuan perniagaan.

Apabila baginda tiba ke Tandang Sari untuk berjumpa dengan Pengiran Temenggong, baginda diminta untuk menyelamatkan Dang Chi’ dari Sultan yang menculiknya dahulu.

Setelah berjaya menyelamatkan Dang Chi’, Pengiran Temenggong tawarkan anaknya itu sebagai isteri kepada Dato Gudam. Dato Gudam kemudian menjadi ketua Saribas dan mewariskan pentadbiran kepada keturunan yang digelar ‘Abang‘.

Mereka memegang jawatan seperti Datu Patinggi, Datu Bandar, Aulaksamana, Datu Imam dan Datu Hakim di lembah Batang Saribas.

Menarik kan, sejarah Sarawak?

Kerajaan mana yang pertama kali anda dengar? Komen dan jangan lupa kongsi artikel ini!

Lagi di sini:

Share1024Tweet640SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy