fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Terhad Kepada 250 Orang, Kenduri Serta Majlis Keagamaan Dibenarkan Mulai 1 Julai

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
24 Jun 2020
Terhad Kepada 250 Orang, Kenduri Serta Majlis Keagamaan Dibenarkan Mulai 1 Julai
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Alhamdulillah.

Terhad Kepada 250 Orang, Kenduri Serta Majlis Keagamaan Dibenarkan Mulai 1 Julai. Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), semakin banyak aspek kehidupan yang selama ini dikawal semasa PKP dan PKPB kini dilonggarkan semula.

Terbaharu, perkumpulan sosial termasuk majlis perkahwinan dibenarkan untuk diadakan mulai 1 Julai 2020. Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.

ADVERTISEMENT

Ujarnya, perkumpulan sosial yang melibatkan kenduri, majlis pertunangan, perkahwinan, sambutan ulang tahun, sambutan hari lahir serta majlis keagamaan seperti tahlil, akikah dan doa selamat akan dibenarkan bermula tarikh tersebut.

Terhad kepada 250 orang, majlis diadakan 3 hingga 5 jam sahaja

Walau bagaimanapun, majlis yang akan diadakan hendaklah dihadkan kepada 250 orang tetamu sahaja pada satu-satu masa. Jumlah tersebut juga bergantung dengan keluasan tempat perkumpulan.

ArtikelBerkaitan

TERKINI : PKPB Di Seluruh Sarawak Bermula 18 Januari 2021

2021 Belum Sampai Sebulan, Ini 11 Insiden Dan Peristiwa Tular Berlaku Di Sarawak Awal Januari Ini

Selain itu, majlis juga hendaklah diadakan selama 3 hingga 5 jam sahaja.

ADVERTISEMENT
Terhad Kepada 250 Orang, Kenduri Serta Majlis Keagamaan Dibenarkan Mulai 1 Julai
Terhad Kepada 250 Orang, Kenduri Serta Majlis Keagamaan Dibenarkan Mulai 1 Julai

Mana-mana pihak yang ingin mengadakan majlis dengan stail buffet juga belum dibenarkan buat masa ini. Namun, kelonggaran diberikan sekiranya jamuan tersebut dihidangkan oleh pelayan.

Patuhi SOP seperti catat suhu badan tetamu, pakai pelitup muka

Tambahnya lagi, antara SOP yang perlu dipatuhi oleh penganjur majlis ialah memastikan suhu badan tetamu dicatat di pintu masuk. Tetamu yang hadir juga hendaklah memakai pelitup muka serta merekodkan maklumat tetamu menggunakan aplikasi MySejahtera atau secara tulis tangan.

ADVERTISEMENT
Terhad Kepada 250 Orang, Kenduri Serta Majlis Keagamaan Dibenarkan Mulai 1 Julai
Kredit : mStar

Selain itu, pintu masuk serta pintu keluar tempat perkumpulan hendaklah diasingkan supaya tidak berlaku kesesakan keluar masuk tetamu.

Penganjur yang merasakan sukar untuk mematuhi SOP berkenaan dinasihatkan untuk tidak meneruskan majlis bagi mengelakkan penularan pandemik kembali memuncak.

Ini pastinya berita baik buat pasangan yang sudah lama menangguhkan majlis perkahwinan. Begitu juga dengan ahli keluarga yang mahu mengadakan majlis keagamaan untuk anggota keluarga yang lain.

Pastikan anda sentiasa menjaga kebersihan, kerap mencuci tangan serta memakai pelitup muka. Perangi sehingga negara bebas pandemik.

Baca juga artikel menarik yang lain seperti ini :

Share601Tweet98SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy