fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

TERKINI : Malaysia Catat 106 Kes Positif Baru COVID-19, 15 Kematian Setakat Ini

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
24 Mac 2020
TERKINI : Malaysia Catat 106 Kes Positif Baru COVID-19, 15 Kematian Setakat Ini
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Jumlah Keseluruhan Sebanyak 1,624 Kes

Malaysia hari ini mencatatkan pertambahan kes melebihi 100 kes iaitu sebanyak 106 kes positif baharu COVID-19. Ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang dijangkiti wabak tersebut terus meningkat ke angka 1,624 kes setakat hari ini. Daripada jumlah kes baharu hari ini, sebanyak 43 individu dikesan berasal dari kluster Sri Petaling dan kluster 63 individu yang lain masih disiasat.

Setakat hari ini, seramai 64 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) termasuk 24 kes memerlukan bantuan pernafasan.

ADVERTISEMENT
TERKINI : Malaysia Catat 106 Kes Positif Baru COVID-19, 15 Kematian Setakat Ini
TERKINI : Malaysia Catat 106 Kes Positif Baru COVID-19, 15 Kematian Setakat Ini. Kredit : Twitter KKMPutrajaya

1 Kematian Hari Ini, Lelaki Berusia 71 Tahun Dari Melaka

Jumlah kematian akibat jangkitan COVID-19 juga mencatatkan pertambahan 1 kematian pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 15 kematian. Daripada jumlah tersebut, 10 kematian adalah berasal dari kluster tabligh dan selebihnya mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara.

Kes kematian ke 15 merupakan kes ke-1519 iaitu seorang lelaki warganegara Malaysia yang berusia 71 tahun. Lelaki yang berasal dari Melaka itu disyaki mempunyai kontak rapat dengan kes ke-703 (salah seorang ahli jemaah tabligh yang menghadiri perhimpunan agama di Sri Petaling). Beliau juga mempunyai sejarah penyakit kronik dan dimasukkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar. Beliau disahkan meninggal dunia pada 24 Mac 2020, jam 5.35 pagi.

ArtikelBerkaitan

Sarawak Catat Kluster Tahun Baru Cina Pertama, Kluster Komuniti Di Kota Samarahan

Abang Johari Bakal Jadi Individu Pertama Terima Vaksin Pfizer-BioNtech Di Sarawak

ADVERTISEMENT
TERKINI : Malaysia Catat 106 Kes Positif Baru COVID-19, 15 Kematian Setakat Ini
Kredit : Twitter KKMPutrajaya

TERKINI: 106 kes baru #COVIDー19 dilaporkan di Malaysia menjadikan 1,624 kes keseluruhan, 24 Mac 2020.

Daripada 106 kes itu, 43 dari kluster tabligh selebihnya iaitu 63 lain-lain kluster yg masih dlm siasatan.

64 pesakit di ICU termasuk 24 memerlukan bantuan pernafasan.

— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) March 24, 2020

24 Pesakit Telah Sembuh Sepenuhnya, Jumlah Keseluruhan 183 Kes Sembuh

Namun demikian, jumlah pesakit yang telah sembuh sepenuhnya dan dibenarkan keluar dari hospital juga turut meningkat kepada 24 orang pada hari ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang telah sembuh sebanyak 183 orang.

TERKINI: 24 lagi pesakit #COVIDー19 di Malaysia telah sembuh dan discaj hospital.

Ini menjadikan 183 pesakit sembuh keseluruhan atau 11.3%.

Tahniah dan terima kasih kepada kakitangan kesihatan KKM. – KPK @DGHisham pic.twitter.com/adP5sz47Ts

— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) March 24, 2020

Untuk perkembangan terkini COVID-19 di Sarawak hari ini (24 Mac 2020), layari pautan ini :

ADVERTISEMENT
Share175Tweet38SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy