fbpx
Cerita Borneo

TERKINI : Malaysia Catat 208 Kes Positif Baru COVID-19, 122 Kes Sembuh Hari Ini

Jumlah Keseluruhan Kes COVID-19 Ialah 3,116 Kes

TERKINI : Malaysia Catat 208 Kes Positif Baru COVID-19, 122 Kes Sembuh Hari Ini. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengumumkan perkembangan terbaru COVID-19 dengan pertambahan jumlah kes iaitu 208 kes dikesan pada hari ini. Ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat melebihi 3,000 kes iaitu sebanyak 3,118 kes sejak ia mula dikesan Februari lalu.

Daripada jumlah ini, sebanyak 105 kes ditempatkan di ICU dan 54 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

TERKINI : Malaysia Catat 208 Kes Positif Baru COVID-19, 122 Kes Sembuh Hari Ini
TERKINI : Malaysia Catat 208 Kes Positif Baru COVID-19, 122 Kes Sembuh Hari Ini

3 Kematian Di Johor, 1 Kematian Di Sarawak Dan Negeri Sembilan

Setakat hari ini, sebanyak 5 kematian dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan kematian ketika ini meningkat kepada 50 kematian.

Berikut merupakan maklumat kes kematian pada hari ini (2 April 2020).

TERKINI : Malaysia Catat 208 Kes Positif Baru COVID-19, 122 Kes Sembuh Hari Ini

Walau bagaimanapun, angka kes sembuh menunjukkan peningkatan dari hari ke hari apabila 122 kes dilaporkan sembuh sepenuhnya dan discaj dari hospital hari ini. Sehingga kini, sebanyak 767 pesakit (24.6% daripada jumlah kes) telah sembuh daripada COVID-19.

Masih Ada 7,779 Individu Menunggu Keputusan Saringan

Statistik saringan pula menunjukkan seramai 45, 378 individu telah menjalani ujian saringan. Daripada jumlah tersebut, 3,116 individu didapati positif dan selebihnya (34, 483 individu) disahkan negatif. Setakat hari ini, 7,779 individu masih menunggu keputusan ujian saringan COVID-19.

TERKINI : Malaysia Catat 208 Kes Positif Baru COVID-19, 122 Kes Sembuh Hari Ini

Menurut KKM, masih terlalu awal untuk menilai kesimpulan tentang situasi COVID-19 di Malaysia walaupun terdapat tanda pemulihan. Keberkesanan PKP akan dinilai pada hari ke 10 untuk memutuskan sama ada PKP akan dilanjutkan atau atau sebaliknya.

Teruskan usaha mematuhi PKP, menjaga kebersihan diri dan mengamalkan penjarakan sosial.

Artikel Berkaitan

Back to top button