fbpx
Cerita Borneo

TERKINI : Sarawak Catat 1 Kematian Terbaru Akibat COVID-19

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

TERKINI : Sarawak Catat 1 Kematian Terbaru Akibat COVID-19. Sarawak hari ini mencatatkan 1 kematian terbaru akibat COVID-19 menurut statistik yang dimuatnaik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, Kes kematian ke-124 (kes ke-8743) merupakan perempuan warganegara Malaysia berumur 63 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi, kencing manis dan
hypercholesterolemia.

Beliau mempunyai gejala demam dan batuk pada 3 Julai 2020 serta mendapat rawatan pada 9 Julai 2020. Beliau dirujuk ke Hospital Umum Kuching pada hari yang sama untuk rawatan lanjut. Ujian COVID-19 didapati positif.

TERKINI : Sarawak Catat 1 Kematian Terbaru Akibat COVID-19

Keadaan beliau didapati merosot dan kemudiannya semakin
tenat. Beliau disahkan meninggal dunia pada 26 Julai 2020 jam 12.04 pagi.

Malaysia juga secara keseluruhannya mencatatkan 13 kes terbaru dengan 10 kes yang dicatatkan merupakan kes penularan tempatan. 6 kes sembuh juga telah dicatatkan menjadikan kes kesembuhan keseluruhan kini sebanyak 8600 orang.

Difahamkan juga, Sarawak hanya mencatatkan 1 kes positif hari ini menurut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sementara itu, Menteri Kanan Kluster Keselamatan Dan Pertahanan Malaysia, Dato Sri Ismail Sabri tengah hari tadi turut memaklumkan sekiranya kes baru mencecah 3 angka, kerajaan akan melaksanakan semula perintah keselamatan pergerakan.

Kluster Sentosa di Kuching, Sarawak juga mencatatkan 1 kes positif terbaru hari ini menjadikan jumlah positif dari kluster tersebut sebanyak 21 orang. 679 orang telah disaring dari kluster tersebut dan 1 kes pula telah sembuh.

Perkembangan Kluster Sentosa adalah seperti gambar rajah di bawah, kes terbaru merupakan seorang lelaki berusia 29 tahun :

Baca juga artikel yang lain :


Baca juga artikel mengenai Sarawak Rangers :

Artikel Berkaitan

Back to top button