fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

TERKINI: Tiada Kes Positif Dilaporkan Di Sarawak Hari Ini

Kedung BK Oleh Kedung BK
22 Jun 2020
TERKINI: Tiada Kes Positif Dilaporkan Di Sarawak Hari Ini
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Jumlah Positif Kes Di Sarawak Kekal 569

TERKINI: Tiada Kes Positif Dilaporkan Di Sarawak Hari Ini. Jabatan Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBN) telah memaklumkan hari ini Sarawak tidak mempunyai kes positif, menjadikan jumlah kes positif kekal 569 kes.

Urusetia JPBN berkata 17 kes aktif masih menerima rawatan di hospital di seluruh negeri, dimana 8 pesakit menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak dan 9 lagi di Hospital Bintulu.

ADVERTISEMENT
TERKINI: Tiada Kes Positif Dilaporkan Di Sarawak Hari Ini
TERKINI: Tiada Kes Positif Dilaporkan Di Sarawak Hari Ini

PUI Baharu, 4 Tunggu Ujian Makmal

Tambahan lagi, 27 kes PUI didaftar hari ini manakala 4 kes sedang menunggu hasil ujian makmal. Tiada kematian dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kematian kekal 17 kematian. Manakala, tiada pemulihan dan discaj dilaporkan hari ini.

Kuching dan Bintulu masih kekal zon kuning manakala 38 daerah sudah diklasifikasi sebagai zon hijau.

ArtikelBerkaitan

Timbalan Ketua Menteri Sarawak Cadang Bina Tembok Di Laluan Sempadan Malaysia Indonesia

Tiada Masalah Isi Manual Atau Online, Wanita Ini Beri Penjelasan Tentang Kemas Kini BPR 2021

JPBN mencatatkan 117 kes PUI baharu hari ini, menjadikan jumlah 917 kes tengah menjalani kuarantin di 14 hotel seluruh negeri. 280 kes dari Kuching, 335 dari Miri, 133 dari Bintulu, 28 dari Limbang dan 121 dari Sibu.

ADVERTISEMENT

Perniagaan Yang Dibenarkan Beroperasi Diperiksa Pasukan Penguatkuasa

Sebanyak 2,246 perniagaan dan premis seluruh negeri yang dibenarkan beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) telah diperiksa oleh pasukan penguatkuasa, terdiri daripada anggota polis, angkatan tentera, rela dan sebagainya.

Menurut JPBN, jumlah itu terdiri daripada 367 pasar raya, 500 restoran, 13 buah kilang, 183 bank, 59 buah pejabat kerajaan, 37 gerai penjaja, 115 market, 125 tempat ibadat, 60 pusat rekreasi, 23 tapak pembinaan dan 764 premis-premis lain yang telah diperiksa.

ADVERTISEMENT

Pesanan untuk anda semua, kita belum selamat dari ancaman lagi jadi ambil lah langkah-langkah berjaga sekiranya anda berada di luar. Gunakan topeng muka dan kekalkan jarak sosial. Jangan lupa untuk bersihkan tangan; sekiranya anda mengalami gejala demam, segera ke hospital untuk saringan dan tindakan lanjut.

Gambar sekadar hiasan. Kredit: Focus Malaysia
Source: The Borneo Post
Share514Tweet42SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy