fbpx
Cerita Borneo

Termometer Tidak Bersentuh Harus Disukat Di Dahi, Suhu Normal Adalah 36.0 – 37.5°C

Kalau dibawah angka itu, itu bukan manusia sudah

Termometer Tidak Bersentuh Harus Disukat Di Dahi, Suhu Normal Adalah 36.0 – 37.5°C. Public Health Malaysia baru-baru ini kongsikan cara menyukat suhu secara betul menerusi Facebook.

Termometer Tidak Bersentuh Harus Disukat Di Dahi, Suhu Normal Adalah 36.0 - 37.5°C
Termometer Tidak Bersentuh Harus Disukat Di Dahi, Suhu Normal Adalah 36.0 – 37.5°C

Suhu normal adalah antara 36.0 – 37.5°C

Menurut Public Health Malaysia, termometer jenis tidak bersentuh yang sentiasa diguna oleh mana-mana premis adalah lebih bersih dan dapat mengukur suhu dengan tepat.

Namun, terdapat beberapa laporan yang mengatakan bahawa sebilangan individu yang tidak bertanggungjawab memeriksa suhu di tangan dan bukannya di dahi.

Untuk pengetahuan anda, termometer tidak bersentuh hanya digunakan untuk menyukat suhu dipermukaan dahi. Ia tidak berkesan jika ia disukat dipermukaan tangan atau mana-mana permukaan anggota badan selain permukaan dahi.

Hal ini kerana suhu di dahi merupakan suhu bagi temporal artery.

Jangan sukat di bahagian lain selain permukaan dahi kerana ia mungkin terlepas individu yang bergejala. Ingat, sukat di bahagian permukaan dahi untuk mengesan suhu sebenar.

Disamping itu, Public Health Malaysia juga berkata perkara mengenai kesan bahaya alat pengesanan suhu adalah tidak tepat. Maklumat ini adalah palsu dan tindakan akan diambil terhadap individu yang menyebarkan maklumat palsu tersebut.

Termometer tidak bersentuh terbukti selamat digunakan.

Lagi disini:

Sumber
Public Health Malaysia

Artikel Berkaitan

Back to top button