fbpx
Cerita Borneo

Terpaksa Dipadam, Mural Realistik Pemimpin Negara Termasuk DG Hisham Diconteng Kata Kesat

Hasil seni kreatif anak muda dirosakkan oleh tangan-tangan durjana.

Terpaksa Dipadam, Mural Realistik Pemimpin Negara Termasuk DG Hisham Diconteng Kata Kesat. Belum sampai sebulan mural realistik pemimpin negara dilukis di sebuah bangunan di Shah Alam, ada pula tangan-tangan durjana yang bertindak merosakkan lukisan terbabit.

Terpaksa Dipadam, Mural Realistik Pemimpin Negara Termasuk DG Hisham Diconteng Kata Kesat
Terpaksa Dipadam, Mural Realistik Pemimpin Negara Termasuk DG Hisham Diconteng Kata Kesat
Sumber : Instagram

Mural tersebut didapati diconteng dengan kata-kata kesat berwarna merah. Antara wajah yang diconteng ialah wajah Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, YDP Agong serta Ketua Pengarah Kesihatan KKM, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.

Terpaksa Dipadam, Mural Realistik Pemimpin Negara Termasuk DG Hisham Diconteng Kata Kesat
Sumber : Instagram

Mural yang terletak di Taman Cahaya Alam, U2 Shah Alam tersebut sempat menjadi tular kerana dilukis dengan begitu cantik dan realistik oleh pelukis yang merupakan anak muda tempatan.

Video mural yang diconteng tersebut dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter, @MrJamesLabu.

Pernah dilawat YDP Agong serta DG Hisham

Sebelum ini, YDP Agong serta Permaisuri Agong dan DG Hisham sempat melawat lokasi mural berkenaan untuk mengambil gambar kenang-kenangan sambil mengucapkan ucapan terima kasih kepada individu yang berhasil melukis mural tersebut.

Terpaksa Dipadam, Mural Realistik Pemimpin Negara Termasuk DG Hisham Diconteng Kata Kesat
Sumber : NST

Bukan itu sahaja, DG Hisham juga sempat memuat naik gambar pemuda yang sedang menghasilkan mural tersebut di laman Facebook miliknya.

I was there this morning (U12 Shah Alam) and I felt the strong patriotic spirit among Malaysians. I would like to…

Posted by Noor Hisham Abdullah on Friday, July 10, 2020

Ambil masa 2 minggu untuk disiapkan

Untuk pengetahuan anda, mural realistik tersebut dilukis oleh sekumpulan artis mural iaitu Miey Ali (Muhammad Suhaimi Ali), Abdul Hadi Ramli, dan Firdaus Nordin yang berasal dari Kampung Telaga Daing, Kuala Nerus, Terengganu.

Mereka telah membelanjakan wang sebanyak RM 500 untuk menyiapkan lukisan tersebut sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada pemimpin negara yang berjaya mengendalikan krisis serta pandemik yang melanda Malaysia sejak awal tahun ini.

Bukan itu sahaja, usaha menyiapkan mural ini juga tidak mudah kerana ia mengambil masa selama 2 minggu untuk disiapkan.

Selain wajah Perdana Menteri, YDP Agong, serta DG Hisham, wajah pemimpin lain yang turut diabadikan di sana ialah Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob serta Menteri Di Pejabat Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Terpaksa dipadam sepenuhnya oleh pihak polis

Akibat contengan yang memaparkan kata-kata kesat yang begitu sensitif, pihak polis terpaksa memadamkan semula mural tersebut dengan cat putih berbanding membenarkan artis mural tersebut membaikinya.

Terpaksa Dipadam, Mural Realistik Pemimpin Negara Termasuk DG Hisham Diconteng Kata Kesat
Sumber : FB Tia Adalwolf

Perkembangan terbaru itu telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Tia Adalwolf.

Live dari U12 Shah Alam. Mural sudah dipadam 🙁 (Police stated that the vandalism done was too sensitive that they had no choice but to erase it, rather than letting the artist do touch ups)

Posted by Tia Adalwolf on Sunday, July 19, 2020

Tindakan ini bukan sahaja mencemarkan imej lokasi tarikan terbaru tetapi juga mematahkan semangat artis muda yang mengekspresikan karya mereka. Malah, usaha serta dedikasi mereka yang berhujan dan panas demi karya tersebut dimusnahkan sekelip mata oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Jadilah rakyat yang matang.

Baca juga artikel ini :

Artikel Berkaitan

Back to top button