fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Tiga Anggota Tentera Langgar Perintah Kuarantin Ditahan Di Sibu

iloveborneo Oleh iloveborneo
18 Ogos 2020
Tiga Anggota Tentera Langgar Perintah Kuarantin Ditahan Di Sibu
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Mereka semua dipercayai baru kembali ke Sibu

Tiga Anggota Tentera Langgar Perintah Kuarantin Ditahan Di Sibu. TIGA anggota tentera dari kem tentera di Sibu ditahan kerana didapati melanggar perintah kuarantin di rumah yang dikenakan terhadap mereka sebagai sebahagian daripada peraturan operasi standard (SOP) dalam mengawal penularan Covid-19.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, ketiga-tiga mereka yang berumur antara 23 dan 28 tahun, masing-masing berasal dari Kelantan, Melaka dan Johor, didapati tidak mematuhi perintah itu semasa berada di Jalan Channel pada 3 petang semalam.

ADVERTISEMENT

“Orang awam yang melihat ketiga-tiga mereka di dalam sebuah Proton Saga berwarna putih, masing-masing memakai gelang tangan (tanda perlu kuarantin) di Jalan Channel.

Kehadiran mereka di kawasan awam kemudiannya dilaporkan ke ibu pejabat polis yang kemudiannya menghantar satu pasukan petugas untuk mengesan mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

ArtikelBerkaitan

Sabah Luluskan ‘Travel Bubble’, Boleh Melancong Dari Resort Ke Pulau Mantanani

Cecair Merah Menitik Dari Siling, Rupa-Rupanya Darah Seorang Mayat Lelaki

ADVERTISEMENT

Menurutnya, semasa diperiksa, anggota tentera yang dipercayai baru kembali ke Sibu itu didapati memakai gelang tangan berwarna putih yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Siasatan lanjut mendapati mereka diarah menjalani kuarantin di berek namun sebaliknya tidak dipatuhi mereka.

ADVERTISEMENT

Beliau berkata, anggota tentera itu dibebaskan dengan jaminan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22(b) Akta 342 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Baca juga artikel lain :

Share61Tweet38SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy