fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Video Travel Ciptaan Anak Sarawak Terima Anugerah Antarabangsa di Kazakhstan

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
24 September 2019
Video Travel Ciptaan Anak Sarawak Terima Anugerah Antarabangsa di Kazakhstan
Share on FacebookShare on Twitter

Video travel “Why Limit Yourself” bukti bakat anak Sarawak bukan biasa-biasa!

Video travel Sarawak Tourism Board “Why Limit Yourself”

Kebiasaannya, video travel yang sering kita lihat di Youtube atau platform media yang lain menonjolkan keindahan sesuatu tempat melalui gaya suntingan yang profesional serta editing effect yang wow! Namun, video travel ciptaan anak Sarawak ini boleh dikatakan berada pada tahap yang lebih daripada itu.

Video Travel Ciptaan Anak Sarawak Terima Anugerah Antarabangsa di Kazakhstan
Sumber : Sarawak Tourism Board

Video travel Sarawak Tourism Board (STB) bertajuk “Why Limit Yourself” yang dihasilkan oleh produksi Sarawak, Asa Esa Films telah menerima anugerah pingat emas untuk kategori Marketing Media – Travel Video daripada Pasific Asia Travel Association (PATA) 2019. Acara tersebut berlangsung sempena PATA Travel Mart 2019 di Nur-Sultan (Astana), Kazakhstan pada 19 September yang lalu.

Shooting ambil masa lama, mencabar tapi berbaloi

Menurut Asa Esa Films, pembikinan video ini memakan masa selama 9 bulan serta membabitkan sebanyak 38 orang anak jati Sarawak. Sepanjang tempoh tersebut, banyak kajian serta pengembaraan yang perlu ditempuh termasuk keadaan geografi dan cuaca yang ekstrim demi mendapatkan wajah terbaik Sarawak.

Video Travel Ciptaan Anak Sarawak Terima Anugerah Antarabangsa di Kazakhstan
Sumber : Asa Esa Films
Video Travel Ciptaan Anak Sarawak Terima Anugerah Antarabangsa di Kazakhstan
Sumber : Asa Esa Films

Tidak seperti video travel biasa, Why Limit Yourself yang berdurasi 2 minit 31 saat tersebut memaparkan perjalanan sekumpulan anak muda yang turut disertai oleh Augustine, pemuda albino mengembara ke seluruh Sarawak untuk merasai pengalaman sosial, budaya, alam semulajadi dan makanan di sini. Video promosi sempena tahun melawat Sarawak 2019 ini mengangkat tema serta mesej bahawa Sarawak menerima kehadiran semua individu daripada pelbagai latar belakang dengan tangan yang terbuka.

ArtikelBerkaitan

Brunei Terima Sumbangan Vaksin Sinopharm Dari China Sebagai Tanda Persahabatan

Bot Karam Di Sungai Rajang, Wanita Hamil Antara 5 Mangsa Terselamat

“Why Limit Yourself” ialah ayat Augustine

Video Travel Ciptaan Anak Sarawak Terima Anugerah Antarabangsa di Kazakhstan
Augustine, pemuda albino bersama rakan Kaukasia mendengar cerita daripada wanita Iban Sarawak.

Pada awal sesi casting, Augustine bukanlah seseorang yang berasal dari keturunan Kaukasia namun apabila ditanya mengenai kemampuannya menyesuaikan diri memandangkan sesi penggambaran melibatkan banyak aktiviti luar serta terdedah kepada cahaya matahari, hanya satu jawapan yang beliau berikan iaitu “Why limit yourself?”. Ayat tersebut terus diangkat menjadi tajuk utama video ini dengan naratif yang cukup deep, berlatarkan suara Augustine sendiri.

Saksikan video travel “Why Limit Yourself” dan rasai sendiri semangat Augustine serta rakan-rakan dalam perjalanan mereka meneroka diri di sebuah negeri bernama Sarawak. #moretodiscover

Share42745Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy