fbpx
Event Menarik

Lebih 90 Jenis Makanan Tradisi di Pesta Makanan Warisan Sarawak. Anda Mesti CUBA!

Banyak Pilihan yang Ada Ya. Rugi Sik Pergi!

Lebih 90 Jenis Makanan Tradisi di Pesta Makanan Warisan Sarawak. Anda Mesti CUBA!
Kredit : KOKONUTLIST

Pesta Makanan Warisan Sarawak 2019 kembali lagi dengan tawaran makanan tradisi yang lebih pelbagai. Pesta yang bermula pada 11 Oktober 2019 (Jumaat) hingga 13 Oktober 2019 (Ahad) ini mengetengahkan sebanyak lebih 90 jenis makanan tradisi ditawarkan oleh pengusaha tempatan yang mewakili kaum-kaum di Sarawak. Gerai-gerai peniaga akan dibuka di Lebuh India (Indian Street) dan Kai Joo Lane. Wah, mesti rame!

Untuk edisi kali ketiga ini, sebanyak 50 buah gerai akan ditempatkan di sekitar Lebuh India dan lagi 12 gerai akan dibuka di Kai Joo Lane. Selain daripada makanan tradisi kaum Melayu, Cina, India, Iban, Melanau dan Orang Ulu, gerai-gerai yang terlibat juga turut menjual kraftangan tempatan serta makanan kering.

Bukan Sahaja Makanan, Persembahan Kebudayaan dan Demo Masakan Pun Ada.

Lebih 90 Jenis Makanan Tradisi di Pesta Makanan Warisan Sarawak. Anda Mesti CUBA!
Kredit : Azlan Rumadi

Para pengunjung juga dapat menyaksikan persembahan kebudayaan dan demonstrasi penyediaan makanan tradisi. Pesta Makanan Warisan Sarawak 2019 anjuran Jawatankuasa Warisan Kulinari Sarawak ini bakal dibuka pada jam 6 petang hingga 10 malam bermula 11 Oktober 2019 hingga 13 Oktober 2019.

Pesta yang berlangsung selama 3 hari ini memberi peluang kepada pengunjung untuk merasai pelbagai jenis makanan yang tidak dapat dirasai pada hari-hari biasa serta berpeluang untuk mempelajari cara penyediaannya sekali. Jarang-jarang dapat peluang camtok aih!

Diskaun RM3 Jika Anda Guna Kod Promo Grab. UWU!

Tak ada kenderaan? Iboh bingong! Anda boleh mendapatkan diskaun sebanyak RM3 untuk tempahan perjalanan Grab ke pesta ini. Gunakan kod promo HFF19 untuk tempahan Grab anda dan siap sedia untuk menikmati makanan tanpa had.

Penganjuran Pesta Makanan Warisan Sarawak ini sememangnya memberi peluang kepada pengusaha tempatan untuk mempromosikan produk kulinari tradisi kepada orang awam sekaligus meningkatkan aktiviti pelancongan ke negeri Sarawak.

Jangan lupa like dan share post ini, geng!

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close