fbpx
Tempat Menarik

Gua Gomantong Di Sabah, Tempat Populasi Lipas Terbanyak Di Dunia

Siapa geli ngan lipas sitok?

Gua Gomantong Di Sabah, Tempat Populasi Lipas Terbanyak Di Dunia. Bagi mereka yang ingin menyahut cabaran untuk mengatasi ketakutan mereka terhadap lipas, ini adalah peluang nya, gais!

Terletak di Sandakan, gua batu kapur ini adalah antara gua terbesar di Sabah. Selain Gua Gomantong, terdapat 27 lagi gua kecil batu kapur di sekitarnya dan merupakan habitat jutaan burung walet!

Gua Gomantong Di Sabah, Tempat Populasi Lipas Terbanyak Di Dunia
Gua Gomantong Di Sabah, Tempat Populasi Lipas Terbanyak Di Dunia

Terkenal dengan sarang burung walet

Selain dengan lipas, gua ini terkenal dengan sarang burung walet dan sarangnya menjadi sumber pendapatan masyarakat sekitar, dengan hasilnya dituai sejak beberapa abad dahulu sehingga kini.

Gua Gomantong Di Sabah, Tempat Populasi Lipas Terbanyak Di Dunia
Gua Gomantong dipenuhi dengan sarang burung walet. Sarangnya dijadikan sumber pendapatan masyarakat sekitar.

Gua ini ditemui pada tahun 1782 oleh C Bamfyles, seorang pengkaji. Menurut sejarah, ia juga menyatakan Pengiran Sandukung, datuk kepada Pengiran Digadong Samah Al-Haj Bin Pengiran Ebey sebagai individu pertama menjalankan aktiviti memungut sarang burung di gua berkenaan.

Sebelum The North Borneo British Chartered Company mengambil alih pentadbiran di Sandakan, Gabenor Jeselton berkata pada 31 Mac 1949 Gua Gomantong adalah hak mutlak dan di bawah kawalan Pengiran Digadong Samah dan Pengiran Ebey merupakan pemilik terakhir yang terkorban ketika menentang pentadbiran British.

Gua Gomantong kini terpeliharan akibat ia terletak dalam Hutan Simpan Gombantong Kelas IV dalam Daerah Kinabatangan berhampiran Sungai Kinabatangan. Menerusi Enakmen Permeliharaan Hidupan Liar 1997 oleh Jabatan Hidupan Liar Negeri Sabah, kerajaan dapat melindunginya daripada diceroboh.

Sarang burung dituai 2 kali setahun

Penuaian sarang burung dilakukan dua kali setahun, iaitu dari Februari hingga April dan Julai hingga September. Ini dilakukan agar mengawal eksploitasi pihak tidak bertanggungjawab.

Untuk membuat ini, hanya penduduk tempatan sahaja diberi lesen untuk memanjat ke bumbung gua dan mengumpul sarang. Mereka membuat ini dengan menggunakan tangga rotan, tali dan tiang buluh.

Gua Gomantong Di Sabah, Tempat Populasi Lipas Terbanyak Di Dunia
Sarang burung walet. Kredit: mStar

Pada awal musim pembiakan, pengumpulan sarang burung walet pertama dilakukan sebelum burung walet mengeram telur. Kemudian, burung akan membuat sarang lain agar menyimpan telur baharu.

Setelah telur menetas dan anak-anak burung membesar, sarang tersebut akan ditinggalkan untuk membuat sarang baharu. Sarang tersebut untuk musim kedua pencari sarang burung walet mengutip.

Dilitupi lipas, kumbang, tikus dan pepijat

Selain burung walet, gua ini juga dipenuhi oleh berjuta-juta kelawar. Manakala lantainya dilitupi lipas, kumbang, tikus dan pepijat. Bagi mereka yang mudah rasa geli, anda akan memang akan rasa geli apabila masuk ke dalam gua ini, lagi-lagi gua ini juga tempat kediaman pelbagai spesies ular!

Gua Gomantong Di Sabah, Tempat Populasi Lipas Terbanyak Di Dunia
Gua Gomantong dilitupi lipas dan serangga-serangga lain dan juga pelbagai spesies ular.

Namun, serangga dan binatang ini tidak mengganggu pengunjung yang datang ke gua ini kerana kehadiran mereka hanyalah untuk kelangsungan hidup dengan memakan najis dan bangkai kelawar. Tambah lagi, bau asid amonia daripada najis dan kencing kelawar memang cukup kuat untuk menusuk hidung.

Walaupun begitu, hal ini tidak mengganggu penduduk tempatan yang datang dan menuai sarang di gua ini. Untuk pengetahuan anda, sebahagian besar daripada hasil penuaian sarang burung walet dieksport ke negara-negara lain seperti China dan Hong Kong untuk pasaran sup dan sebagai bahan asas minum berkhasiat. Bagi mereka, ia dipercayai minuman yang mempunyai sarang burung berkhasiat dan menambah nutrisi dalam sajian harian.

Adakah anda berani masuk ke dalam gua ini?

Lagi disini:

Sumber
Berita Harian

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close