fbpx
Tempat Menarik

Stargazing Atas Puncak Bukit, Lelaki Ini Kongsi 11 Perkara Menarik Dan Best Di Bario

Syurga di hujung Sarawak.

Stargazing Atas Puncak Bukit, Lelaki Ini Kongsi 11 Perkara Menarik Dan Best Di Bario. Adakah anda pernah pergi ke Bario? Tahukah anda bahawa pekan di tanah tinggi ini merupakan hidden gems yang berbaloi untuk diterokai?

Dalam artikel kali ini, kami kongsikan pengalaman seorang pengguna Twitter, @azreenyunus10 tentang pengembaraan beliau ke kawasan penempatan masyakat Kelabit di Sarawak iaitu Bario. Dengar khabar, banyak rupanya perkara menarik yang anda boleh lakukan di sini.

1. Akses paling senang ke Bario ialah menggunakan kapal terbang Twin Otter.

Jika anda mahu berkunjung ke Bario, satu-satunya akses perjalanan yang mudah dan cepat adalah dengan menggunakan pesawat penerbangan jenis Twin Otter. Untuk pengetahuan anda, hanya ada satu syarikat penerbangan yang menyediakan penerbangan ke sini iaitu MASWings, anak syarikat kepada Malaysia Airlines.

Perjalanan pula mengambil masa selama 50 minit dari Miri. Selain itu, sebuah Twin Otter mampu membawa penumpang sebanyak 19 orang sahaja. Tetapi, ada kelebihannya juga iaitu anda dapat menyaksikan kokpit juruterbang secara dekat dan live.

Jarang ya dapat tengok juruterbang bawa kapal terbang. Biasa dengar suara melalui pengumuman dalam kapal terbang saja.

Walau bagaimanapun, jika anda lebih sukakan cabaran, anda mungkin boleh mencuba untuk menggunakan jalan darat dari Miri ke Bario. Walau pun hanya mempunyai jarak 384 km dari Miri, tetapi ia mengambil masa selama 14 jam perjalanan kerana jalan yang dilalui agak berliku dan belum siap sepenuhnya.

So, brace yourself!

Kredit : Twitter @azreenyunus10
Stargazing Atas Puncak Bukit, Lelaki Ini Kongsi 11 Perkara Menarik Dan Best Di Bario
Kredit : Twitter @azreenyunus10
Kredit : Twitter @azreenyunus10
Stargazing Atas Puncak Bukit, Lelaki Ini Kongsi 11 Perkara Menarik Dan Best Di Bario
Kredit : Twitter @azreenyunus10

2. Kedudukan pekan kecil di tengah hutan.

Siapa sangka sebuah kawasan di hujung benua Sarawak ini merupakan sebuah pekan kecil? Apatah lagi ia terletak di tengah hutan dan dikelilingi oleh gunung dan bukit.

Mempunyai ketinggian setinggi 1000 meter di atas gunung, Azreen menyatakan bahawa kebanyakan penduduk di sini berbangsa Kelabit dan masih tinggal di rumah panjang. Bukan itu sahaja, lelaki ini juga berpeluang untuk melihat sendiri cara hidup masyarakat Kelabit.

Lihat sahaja pemandangan Bario ini. Sungguh menenangkan.

Stargazing Atas Puncak Bukit, Lelaki Ini Kongsi 11 Perkara Menarik Dan Best Di Bario
Stargazing Atas Puncak Bukit, Lelaki Ini Kongsi 11 Perkara Menarik Dan Best Di Bario
Kredit : Twitter @azreenyunus10
Stargazing Atas Puncak Bukit, Lelaki Ini Kongsi 11 Perkara Menarik Dan Best Di Bario
Kredit : Twitter @azreenyunus10
Kredit : zainabtobiaqtravel.blogspot.com

3. Beras terbaik di dunia dihasilkan di sini.

Bario juga boleh dikatakan sebagai pusat penghasilan makanan premium di dunia. Jika anda pernah mendengar tentang beras Bario, beras tersebut tentunya hanya ditanam khas di tanah tinggi Bario sahaja. Malah, ia nya merupakan antara beras yang terbaik di dunia.

Selain daripada ditanam di tanah tinggi, penanaman beras ini juga tidak menggunakan baja kimia. Pengairan sawah nya juga bebas daripada sebarang sisa pencemaran. Pendek kata, bersih dan jernih.

Bukan itu sahaja, beras Bario ini juga mempunyai banyak kelebihan seperti rendah karbohidrat dan berupaya merendahkan kandungan gula dalam darah dan kolesterol.

Walau bagaimanapun, beras ini hanya dihasilkan sekali setahun bagi mengekalkan kualitinya. Harganya pula sudah tentu setanding dengan kualiti premium.

Menerusi bebenang ciapan Azreen, harga beras Bario yang dijual di rumah panjang boleh mencecah RM 24 untuk 2 kilogram. Jika dibeli di lapangan terbang Bario pula, harganya boleh meningkat sehingga hampir satu kali ganda iaitu RM 40.

Kredit : Anim Agro Technology

4. Nanas Bario, nanas kecil yang manis.

Selain daripada beras nya yang cukup mewah, Bario juga mempunyai satu lagi keunikan iaitu nanas Bario. Keistimewaan nanas Bario ini adalah pada rasa dan baunya. Bayangkan, anda sudah dapat menghidu keharuman nanas ini walau pun dari jauh! Hebat betul!

Pengalaman lelaki ini melawat ladang nanas di Bario ini juga dilengkapi dengan sedikit sebanyak info tentang nanas Bario. Menurutnya, nanas Bario berbeza dengan nanas yang ada di Semenanjung kerana buah nya yang dituai adalah buah kedua yang bersaiz lebih kecil.

Tambahan pula, ia mengambil masa selama 18 bulan untuk buah nanas menjadi matang disebabkan faktor cuaca serta iklim yang sejuk. Ini lah yang menyebabkan nanas Bario mempunyai rasa yang sangat manis sehingga boleh mencecah 16 darjah Brix.

Pengunjung yang datang ke ladang nanas ini juga berpeluang untuk memetik dan memilih buah kedua yang berkualiti untuk dibawa balik atau dimakan terus.

Wah!

Stargazing Atas Puncak Bukit, Lelaki Ini Kongsi 11 Perkara Menarik Dan Best Di Bario
Kredit : Twitter @azreenyunus10
Kredit : Twitter @azreenyunus10

5. Tidur di rumah panjang dengan suhu seperti penghawa dingin.

Pekan Bario juga tidak memiliki hotel. Tetapi anda boleh merasai pengalaman menginap di rumah panjang di sini. Uniknya, anda tidak memerlukan penghawa dingin apabila tinggal di sini kerana suhu di Bario sememangnya agak dingin dan berbeza dengan suhu kebiasaan di Malaysia.

Suhu normal di Bario adalah sekitar 24 hingga 15 darjah Celcius. Rasanya tak perlu kipas pun dah cukup sejuk.

Sepanjang hari, anda akan dihidangkan dengan pemandangan gunung-ganang dan udara sejuk. Sesuai untuk anda yang ingin mencari ketenangan dan terhindar dari segala macam pencemaran bunyi.

Selain itu, anda juga boleh menikmati makanan masyarakat Kelabit dan bergaul dengan penduduk di sini.

Stargazing Atas Puncak Bukit, Lelaki Ini Kongsi 11 Perkara Menarik Dan Best Di Bario
Kredit : Twitter @azreenyunus10
Kredit : Twitter @azreenyunus10
Kredit : Twitter @azreenyunus10

6. Pekan boleh dikelilingi dengan basikal.

Percaya atau tidak, anda boleh mengelilingi pekan Bario dengan hanya menaiki basikal sahaja? Menurut Azreen, ya!

Anda boleh berbuat demikian. Dapat lah tengok dengan lebih dekat pemandangan pekan selain daripada berjalan kaki kan?

7. Mendaki Prayer Mountain sambil lihat gereja di kaki bukit.

Perjalanan jauh ke Bario juga tidak seharusnya disia-siakan dengan hanya duduk di rumah panjang. Pengembaraan lelaki ini membawa beliau menjejaki Prayer Mountain.

Menurutnya, pendakian ke gunung ini tidak sesusah seperti yang disangka. Ia hanya mengambil masa sekitar 40 minit hingga 1 jam pendakian.

Nama Prayer Mountain diberikan kepada gunung ini kerana di sini terletaknya sebuah gereja untuk masyarakat Kristian di sini beribadat. Malah, buku Bario juga pernah mencatatkan tentang amalan berdoa secara senyap di puncak gunung.

Di puncak gunung ini juga, anda akan dapat melihat pemandangan sempadan Kalimantan, Indonesia.

Kredit : Twitter @azreenyunus10
Kredit : Twitter @azreenyunus10

8. Lihat pemandangan matahari dan milky way di puncak Proposal Hill.

Selain daripada Prayer Mountain, terdapat satu lagi lokasi yang boleh anda daki iaitu Proposal Hill.

Anda boleh melihat pemandangan matahari terbit, terbenam serta milky way dari puncak Proposal Hill. Hanya luangkan masa selama 15 minit untuk mendaki dan anda akan dapat melihat keindahan semulajadi yang tidak tertara dari atas bukit ini.

Aktiviti melihat milky way dan stargazing juga amat menyenangkan kerana kedua-duanya dapat dilihat walau pun dengan mata kasar. Nak tangkap gambar apatah lagi, kan? Mestilah jelas dan cantik seperti yang dikongsikan oleh Azreen ini.

Katanya, happy gila setiap malam dapat lihat bintang sambil minum kopi.

Stargazing Atas Puncak Bukit, Lelaki Ini Kongsi 11 Perkara Menarik Dan Best Di Bario
Kredit : Twitter @azreenyunus10
Stargazing Atas Puncak Bukit, Lelaki Ini Kongsi 11 Perkara Menarik Dan Best Di Bario
Kredit : Twitter @azreenyunus10

9. Sayap kapal terbang terbiar dijadikan sebagai jambatan.

Selain daripada keindahan alam semulajadi, Bario juga mempunyai peninggalan sejarah yang unik iaitu tinggalan kapal terbang terbiar. Ia merupakan kapal perang semasa zaman Konfrontasi antara Malaysia dan Indonesia.

Lelaki ini memberitahu bahawa bahagian sayap kapal terbang ini telah dijadikan sebagai jambatan oleh penduduk di Bario.

Walau pun begitu, kapal terbang terbiar ini merupakan sesuatu yang unik kerana sudah dianggap sebagai ‘trade mark’ dan sering dijadikan lokasi untuk swafoto kenangan.

Kredit : Twitter @azreenyunus10
Kredit : Twitter @azreenyunus10

10. Ada kedai internet untuk akses wifi dan internet.

Bario tiada capaian internet? Boleh dikatakan agar sukar untuk mendapatkan liputan talian yang bagus di sini kerana capaiannya tidak stabil dan sering on-off. Bagi pengguna rangkaian Maxis, Umobile dan Digi, bersedia lah untuk melihat paparan ‘Emergency Call’ pada telefon pintar anda.

Tapi jangan risau. Anda boleh mendapatkan akses wifi dan internet melalui kedai internet ini. Ia dibuka sepanjang hari dan menggunakan pancaran satelit bagi menyediakan perkhidmatan internet yang anda perlukan.

Kredit : Twitter @azreenyunus10

11. Ramai golongan profesional berasal dari Bario.

Untuk pengetahuan anda, kebanyakan masyarakat Bario kini telah menjadi golongan profesional. Malah, ada yang menjawat jawatan tinggi dalam syarikat dan melanjutkan pelajaran hingga ke Oxford!

Contohnya seperti Datuk Seri Idris Jala yang merupakan anak jati Bario dan pernah menyandang jawatan sebagai CEO untuk Shell Middle Distillates (SMDS) Bintulu, Shell Sri Lanka dan Malaysia Airlines.

Datuk Seri Idris Jala.
Kredit : FlightGlobal

Daripada sejumlah 4,000 orang asal Kelabit, dianggarkan hanya 1,000 orang yang masih menetap di Bario. Ada juga golongan profesional yang memilih untuk berkhidmat di Bario dan mengekalkan tradisi budaya sekaligus membangunkan kampung menjadi sebuah pekan yang berjaya.

Mesti rare kan kalau dapat sampai ke Bario ini sekali seumur hidup. Apatah lagi effort untuk ke sana begitu tinggi, pengalaman yang anda dapatkan pastinya berbaloi seperti mana yang dikongsikan oleh lelaki ini.

Anda juga boleh melawat ke Instagram @azreenyunus10 untuk lebih banyak gambar cantik dan padu di Sarawak.

Baca juga artikel lain yang menarik ini :

Artikel Berkaitan

Back to top button