fbpx
Tempat Menarik

Tarikan Pelancongan Terbaru, Rumah Terbalik Di Sematan Kini Dibuka

Nirranur Gallery menanti kunjungan anda

Tarikan Pelancongan Terbaru, Rumah Terbalik Di Sematan Kini Dibuka. Siapa sangka, Pekan Sematan kini dimeriahkan lagi dengan siapnya tarikan terbaru mereka iaitu Nirranur Gallery. Nirranur Gallery adalah sebuah tarikan pelancongan berkonsepkan rumah terbalik yang pastinya menjadi satu lokasi mesti lawat sekiranya anda berkunjung ke Pekan Sematan.

Tarikan Pelancongan Terbaru, Rumah Terbalik Di Sematan Kini Dibuka
Tarikan Pelancongan Terbaru, Rumah Terbalik Di Sematan Kini Dibuka

Bukan Sekadar Rumah Terbalik, Ianya Juga Terletak Di Dalam Ladang Madu Kelulut

Rumah Terbalik di Sematan ini terletak di dalam Ladang Madu Kelulut Niranur, satu idea yang sangat bijak bagi memberi satu pengalaman yang menarik untuk pengunjung. Anda bukan sahaja boleh melawat rumah terbalik ini, malah anda boleh pergi melihat ladang madu kelulut mereka. 2 in 1 gitu!

Tarikan Pelancongan Terbaru, Rumah Terbalik Di Sematan Kini Dibuka

Dibina Menggunakan EcoBrick

Niranur Gallery diasaskan oleh Mohamad Aluis, seorang jurutera yang mula menceburkan diri dalam industri Madu Kelulut. Niranur Gallery yang dibina mereka menggunakan EcoBrick, di mana mereka mengitar semula ribuan, mungkin puluh ribu botol plastik untuk dijadikan ‘bata’ bagi membina rumah terbalik ini. Fuh, bukan kaleng kaleng idea dan kepakaran mereka ini.

Tarikan Pelancongan Terbaru, Rumah Terbalik Di Sematan Kini Dibuka

Port Terbaik Untuk Dapat Shot Gambar Yang Unik

Jika anda berkunjung ke Sematan, jangan lupa ke Niranur Gallery ini kerana ianya pasti merupakan tempat terbaik untuk anda bergambar. Pastinya pelbagai shot shot menarik dapat anda ambil dengan keunikan seni bina dan juga perhiasan menarik di dalam rumah ini.

Tarikan Pelancongan Terbaru, Rumah Terbalik Di Sematan Kini Dibuka

Tempat Ini Dibuka Setiap Hari

Bagi memudahkan pengunjung yang mempunyai latar belakang masa yang berbeza, tempat ini dibuka setiap hari bermula pada pukul 8 pagi sehingga pukul 6 petang. Tiket untuk pengunjung pula berharga RM8 untuk dewasa dan RM5 untuk warga emas dan kanak kanak. Lokasi tempat ini pula adalah seperti peta di bawah :

Jadi, tunggu apa lagi? Rancanglah perjalanan anda ke sini nanti. Lundu Dan Sematan yang terletak di Dun Tanjung Datu ini juga mempunyai pantai pantai yang menarik untuk anda kunjungi.

Baca Lagi Artikel Mengenai Tempat Menarik Di Sarawak :

Artikel Berkaitan

Back to top button