fbpx
Cerita Borneo

Grabmart Bakal Diluaskan Di Kuching Dan Kota Kinabalu Bermula 25 Mac 2020

Tak perlu turun ke pasar raya lagi guys!

Grabmart Bakal Diluaskan Di Kuching Dan Kota Kinabalu Bermula 25 Mac 2020. Menurut satu pengumuman Grab baru-baru ini, syarikat tersebut telah memperkenalkan option ‘Tapau’ dalam GrabFood dan ‘Pasar’ dalam GrabMart melalui aplikasi Grab untuk terus memelihara rakyat Malaysia semasa keadaan yang mencabar kini selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan sejak 18 Mac yang lalu.

Grabmart Bakal Diluaskan Di Kuching Dan Kota Kinabalu Bermula 25 Mac 2020
Grabmart Bakal Diluaskan Di Kuching Dan Kota Kinabalu Bermula 25 Mac 2020

Tapau

Pilihan ‘Tapau’ adalah sebuah self-pick up option dimana ia pilihan tanpa penggunaan wang kertas dan tanpa sentuhan, dengan matlamat untuk bukan sahaja membantu restoran menjana lebih banyak pendapatan tetapi juga membantu pelanggan menjimatkan masa dan mengelakkan kesesakan.

Kredit: Grab

Pasar

Grab mengatakan lagi mereka akan melancarkan ‘Pasar’ yang merupakan lanjutan GrabMart, dimana mereka berhasrat untuk membawa produk tempatan, daging, dan makanan laut ke perumahan warga Malaysia.

Pada masa ini, mereka bermula dengan Pasar TTDI yang bersejarah dan berharap untuk berkembang ke lebih banyak pasaran.

Grabmart Bakal Diluaskan Di Kuching Dan Kota Kinabalu Bermula 25 Mac 2020
Kredit: Grab

Menawarkan penghantaran percuma

Menjelang 25 Mac, GrabMart boleh didapati di Pulau Pinang, Johor Bharu, Melaka, Kota Kinabalu, Kuching dan Ipoh. Mereka berharap mereka boleh melayani lebih banyak warga Malaysia dengan keperluan harian, produk kesihatan dan sanitizer dan juga makanan ringan dan minuman.

Selain menawarkan penghantaran percuma, mereka menawarkan 30% diskaun untuk GrabFood Signatures, dan 50% diskaun untuk keperluan kesihatan dari GrabMart. Dengan ini, ia diharapkan boleh menjana peluang pendapatan untuk kedua-dua peniaga dan rakan kongsi penghantaran. Oleh itu, setiap kali seseorang daripada komuniti membuat pesanan, mereka bukan sahaja membuat perbelanjaan malah menyokong dua punca sumber pendapatan lain.

Artikel Berkaitan

Back to top button