fbpx
Cerita Borneo

Inilah 5 Produk Legend yang Hanya Dijual di Sarawak

Produk Ini Bisa Bikin Anak Sarawak Homesick!

Inilah 5 Produk Legend yang Hanya Dijual di Sarawak. Tahukah anda bahawa terdapat sesetengah produk hanya dijual di negeri tertentu sahaja walaupun kilang pengeluarannya bukan di negeri jualan? Atau anda baru pertama kali mendengar nama produk ini? Kalau anda merupakan anak jati Sarawak, pasti produk ini memang anda kenali sejak anda kecil. Tipulah kalau tak pernah dengar.

Di sini kami senaraikan 5 produk legend yang hanya dijual di Sarawak. Let’s check it out!

1. Kicap Tong Nam

Bukan orang Sarawak lah kalau tak makan kicap Tong Nam. Kicap soya pekat ini merupakan sejenis kicap masin yang sangat popular di Sarawak sehingga ia digelar “kicap orang Sarawak”. Walau pun kilang pembuatannya berada di Semenanjung, tapi pasaran kicap Tong Nam setakat ini tertumpu di Sarawak sahaja. Disebabkan itu jugalah, kicap ini menjadi kegemaran ramai di Sarawak sebelum kedatangan jenama kicap-kicap yang lain.

Inilah 5 Produk Legend yang Hanya Dijual di Sarawak

Jika rakyat Sarawak diajak bercerita tentang makanan, kicap Tong Nam ini semestinya mengingatkan mereka kepada zaman kanak-kanak mereka kerana kicap ini dapat mengangkat selera makan. Apa lagi kalau dimakan bersama nasi panas dan telur mata. Fuhh, padu beb!

2. Sardin Pedas Smiling Fish

Produk sardin yang berasal dari Thailand ini cukup mendapat tempat istimewa di hati penduduk Sarawak. Rasa pedas-pedas manisnya cukup menyelerakan sehingga licin pinggan dibuatnya. Apa yang membezakan sardin pedas ini dengan jenama sardin yang lain ialah ia merupakan “fried sardine”. Maknanya, ikan sardin akan digoreng terlebih dahulu sebelum diproses bersama sos pedas. Kebiasaannya, sardin pedas manis ini dimasak dan diolah semula dengan tambahan terung asam untuk rasa yang lebih padu. Patutlah nyaman semacam. Makan terus dari tin pun boleh.

Inilah 5 Produk Legend yang Hanya Dijual di Sarawak
Kredit : FB I Love Sarawak

Walau pun produk ini berasal daripada Thailand dan dijual di pasaran Sarawak, sayang sekali bagi penduduk di Semenanjung Malaysia kerana sardin ini tiada di sana. Untuk mendapatkan sardin pedas manis ini, anda boleh mendapatkannya melalui kiriman kawan-kawan dari Sarawak atau membuat pembelian di Shopee.

3. Sirap Sun Valley Grenadine

Inilah 5 Produk Legend yang Hanya Dijual di Sarawak
Kredit : Andi Khairul

Sirap Sun Valley Grenadine ini juga merupakan salah satu produk keluaran syarikat pengeluar minuman, F&N. Walau pun syarikat ini ada di Semenanjung, Sabah dan Sarawak, namun variasi produk yang dipasarkan agak berbeza antara Malaysia Barat (Semenanjung) dan Malaysia Timur (Sabah & Sarawak). Antaranya ialah sirap grenadine ini. Perisa grenadine ini adalah sebenarnya perisa delima atau pomegranate. Pada asalnya, jenama Sun Valley ini adalah rangkaian sirap yang berasingan namun kini disatukan di bawah variasi sirap F&N. Packaging nya pun sudah melalui zaman transformasi, okay?

Inilah 5 Produk Legend yang Hanya Dijual di Sarawak
Botol Sirap Sun Valley pada zaman 80 an. Jenama sirap ini hanya didapati di pasaran Sarawak dan Sabah. Kredit : mgtbobber.blogspot.com
Inilah 5 Produk Legend yang Hanya Dijual di Sarawak
Keluaran pada waktu ini mempunyai corak daun embossed pada botol. Kredit : mgtbobber,blogspot.com

Ada juga yang menyangka bahawa selama ini sirap ini merupakan sirap ros tetapi sebenarnya bukan ya, kawan-kawan.

4. Air Minuman Sundrop

Kredit : FB Sundrop

Jika anda ingin merasai minuman oren dan limau Sarawak style, anda patut mencuba air minuman Sundrop ini. Untuk pengetahuan anda, air minuman Sundrop ini mempunyai rasa oren dan limau yang boleh dikatakan ekstrim sehingga membuatkan tekak anda tiba-tiba terasa kembang hanya dengan memikirkan minuman ini. Dari kedai-kedai runcit di kampung sehinggalah kedai 24 jam 7 Eleven, air minuman Sundrop ini dijual di mana-mana. Tapi sayangnya, ia hanya ada di Sarawak. Hebat tak hebat penangan air minuman Sundrop ini?

Air minuman Green Spot atau gelaran Sarawaknya “air lemenet” juga merupakan minuman legend pada suatu ketika dulu kerana botolnya dikitar semula dan menjadi minuman wajib setiap kali menjelang perayaan.

Untuk pengetahuan anda, syarikat Sundrop ini pada asalnya merupakan sebuah syarikat minuman Green Spot International dari Pasadaena, Amerika Syarikat. Namun kemudiannya bertukar kepada Sundrop Fruit Juices Bhd. setelah ia mengeluarkan pelbagai minuman selain minuman keluaran Green Spot.

5. Cornbeef Daging

Kredit : Mydin Online

Cornbeef merupakan daging yang telah dicincang halus dengan perapan garam dan kebiasaannya boleh didapati dalam bentuk makanan tin. Kalau anda datang ke Sarawak, anda harus mencuba hidangan cornbeef ini di kedai-kedai makan. Nasi goreng cornbeef, mi goreng cornbeef, cornbeef goreng, dan pelbagai lagi menu cornbeef.

Inilah 5 Produk Legend yang Hanya Dijual di Sarawak
Nasi goreng cornbeef. Kredit : Jalur Beringin Kitchen & Steakhouse

Di United Kingdom, cornbeef ini dikatakan popular kerana ia merupakan hidangan ringkas dan senang dimasak. Selain itu, ia juga merupakan makanan penting semasa era perang dunia kedua kerana daging lembu terpaksa dicatu pada waktu itu akibat kekurangan bekalan. Cornbeef yang diakui halal setakat ini ialah keluaran syarikat Sarawak sendiri iaitu Pawada Corn Beef.

Inilah 5 Produk Legend yang Hanya Dijual di Sarawak
Kredit : Gfycat

Jika diamati, kesemua produk yang disenaraikan adalah produk yang berasaskan makanan. Jadi, memang benarlah bahawa makanan dapat membawa seribu kenangan dan ingatan, terutamanya bagi mereka yang bukan berasal dari tanah Sarawak. Anak perantau negeri lain pun terkenang-kenang, inikan pula orang asal Sarawak sendiri yang sudah membesar dengan produk-produk legend ini.

Jangan lupa like dan share post ini dan tag kawan-kawan anda atau saudara anda yang craving produk dari Sarawak.

Artikel Berkaitan

Back to top button