fbpx
Cerita Borneo

Sarawak Benar Operasi Kedai Gunting Rambut Dan Salun Mulai 9 Jun

Terhad kepada GUNTING RAMBUT sahaja

Sarawak Benar Operasi Kedai Gunting Rambut Dan Salun Mulai 9 Jun. Terkini, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak telah mengumumkan bahawa kedai gunting rambut serta salun dibenarkan beroperasi bermula 9 Jun ini.

Walau bagaimanapun, perkhidmatan terhad kepada khidmat gunting rambut sahaja.

Sarawak Benar Operasi Kedai Gunting Rambut Dan Salun Mulai 9 Jun
Sarawak Benar Operasi Kedai Gunting Rambut Dan Salun Mulai 9 Jun

Taman Perlindungan Semulajadi turut dibuka

Selain itu, beberapa Taman Perlindungan Semulajadi (Nature Reserve) turut dibuka iaitu di Samajaya, Bukit Lima, Bukit Sembiling dan Piasau. Kesemua taman tersebut akan dibuka pada 8 Jun 2020 mengikut SOP yang telah dikeluarkan.

Berhubung kebenaran keluar masuk ke Sarawak, individu yang melakukan perjalanan atas urusan perniagaan haruslah melampirkan jadual pergerakan untuk dipertimbangkan. Manakala, penjawat awam pula perlu mendapatkan surat pengesahan yang menyatakan tarikh bertolak dan kembali daripada Ketua Jabatan. Kedua-dua kumpulan ini tidak akan dikenakan SOP seperti arahan kuarantin sekiranya mereka merupakan warganegara Malaysia.

Dokumen yang diperlukan tersebut adalah untuk tujuan dihantar ke JPBN melalui http://sdmc.sarawak.gov.my.

Walau bagaimanapun, semua pegawai perlu mengambil langkah-langkah penjagaan kesihatan yang tinggi sebelum, semasa dan selepas urusan mereka.

Kelmarin, JPBN juga telah membenarkan Taska beroperasi bermula 9 Jun. Baca artikel penuh disini:

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close